DUNIA

Pelakon Bob Saget meninggal dunia

Astro Awani 10/01/2022 | 01:35 MYT
Saget yang baharu sahaja memulakan jelajah 'I Don't Do Negative' dilaporkan telah mengunjungi beberapa bandar di seluruh Amerika Syarikat. - Foto Facebook/Bob Saget
LOS ANGELES: Pelakon komedi Hollywood Bob Saget dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Pelakon yang terkenal dengan watak Danny Tanner dalam siri sitcom 'Full House' ditemui mati dalam bilik hotel oleh anggota polis di Orlando.

Dalam ciapan terbaharu Sherif Orange County, Saget tiada unsur jenayah ditemui dan siasatan awal mendapati kematian Saget bukan disebabkan oleh penggunaan dadah.

"Sebaik sahaja mendapat panggilan kecemasan, anggota kami dikerah ke Hotel Ritz-Carlton Orlando, Grande Lakes berkenaan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dalam biliknya.

"Lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai Robert Saget dan disahkan telah meninggal dunia.

"Siasatan awal tidak menemui unsur jenayah mahupun penggunaan dadah," katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saget yang baharu sahaja memulakan jelajah 'I Don't Do Negative' dilaporkan telah mengunjungi beberapa bandar di seluruh Amerika Syarikat.

Punca sebenar kematian masih dalam siasatan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#Robert Saget #meninggal dunia #pelakon #bilik hotel