[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

Pelakon Chalte Chalte Vishal Anand meninggal dunia

Agensi 05/10/2020 | 11:56 MYT
Vishal juga pernah membintangi filem seperti Chalte Chalte, SaReGaMaPa, Dil Se Mile Dil dan Taxi Driver ketika hayatnya. - Gambar fail
AKTOR Bollywood, Vishal Anand meninggal dunia selepas sekian lama menderita sakit pada Ahad.
Mendiang Vishal atau nama sebenarnya, Bhisham Kohli sepanjang kerjaya seninya pernah bekerjasama dengan nama-nama besar industri filem Bollywood seperti Ashok Kumar, Simi Garewal dan Mehmood.
Vishal pernah mengarah dan menerbitkan beberapa filem Hindi antaranya Chalte Chalte yang turut dibintangi Simi Garewal.
Mendiang Vishal juga pernah membintangi filem seperti Chalte Chalte, SaReGaMaPa, Dil Se Mile Dil dan Taxi Driver.
#aktor Bollywood #Vishal Anand #meninggal dunia #Bhisham Kohli #Chalte Chalte