DUNIA
Pelakon legenda Itali Claudia Cardinale meninggal dunia
Claudia Cardinale meninggal dunia pada usia 87 tahun di Perancis. -Gambar fail/Reuters
ROM: Pelakon legenda Itali, Claudia Cardinale, yang terkenal menerusi filem klasik seperti The Leopard, 8½ dan Once Upon a Time in the West, meninggal dunia pada usia 87 tahun di Nemours, Perancis, menurut pengesahan agennya Laurent Savry kepada AFP.
Ringkasan AI
Dilahirkan di Tunis pada 15 April 1938 kepada keluarga imigran Sicily, Cardinale mula dikenali selepas meraih gelaran “Gadis Itali Tercantik di Tunisia” pada usia 17 tahun.
Kemenangan itu membawanya ke Festival Filem Venice dan membuka jalan kepada kerjaya lakonan yang menjangkau lebih lima dekad.
Sepanjang kerjayanya, beliau membintangi lebih 150 filem, termasuk karya arahan pengarah tersohor seperti Federico Fellini (8½, 1963), Luchino Visconti (The Leopard, 1963), dan Sergio Leone (Once Upon a Time in the West, 1968).
Mendiang juga muncul dalam filem Hollywood seperti The Pink Panther dan The Professionals bersama Burt Lancaster dan Lee Marvin.
Cardinale dikenali bukan sahaja kerana kecantikan dan karisma di layar perak, tetapi juga kerana keberaniannya sebagai wanita yang berdikari.
Dalam wawancara terdahulu, beliau mendedahkan pengalaman pahit di usia muda apabila menjadi mangsa rogol dan membesarkan anaknya, Patrick, secara rahsia demi melindungi kerjayanya.
“Saya telah hidup lebih daripada 150 kehidupan, sebagai wanita yang berbeza-beza. Mereka berikan saya segalanya.
"Ia sungguh indah untuk hidup dalam pelbagai watak,” katanya dalam satu temu bual pada tahun 2002.
Antara penghargaan yang diterima termasuk Golden Lion untuk Pencapaian Sepanjang Hayat di Festival Filem Venice dan pelantikan sebagai Duta Muhibah UNESCO pada tahun 2000.
Pemergian Claudia Cardinale menandakan berakhirnya satu era keemasan sinema Eropah yang penuh gaya, keberanian dan keanggunan.
Ringkasan AI
- Claudia Cardinale meninggal dunia pada usia 87 tahun di Perancis, dikenali sebagai ikon sinema Itali era 1960-an melalui filem seperti The Leopard, dan Once Upon a Time in the West.
- Beliau memulakan kerjaya selepas memenangi pertandingan kecantikan di Tunisia dan membintangi lebih 150 filem sepanjang lima dekad, termasuk karya Hollywood dan arahan pengarah tersohor Itali.
- Cardinale dikenang bukan sahaja kerana bakat dan kecantikan, tetapi juga keberanian peribadi serta sumbangan kepada seni dan kemanusiaan, termasuk sebagai Duta Muhibah UNESCO.