DUNIA
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
Brigitte Bardot meninggal dunia pada usia 91 tahun. -Gambar fail/Reuters
PARIS: Pelakon dan penyanyi legenda Perancis era 1950-an dan 1960-an Brigitte Bardot meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut laporan media tempatan, Bardot meninggal dunia selepas mengalami sakit secara tiba-tiba susulan pembedahan beberapa minggu lalu.
Bardot menghembuskan nafas terakhir di hospital berhampiran kediamannya di Saint-Tropez, selatan Perancis.
Bardot, yang dilahirkan pada 28 September 1934 di Paris, mula mencipta nama menerusi filem And God Created Woman (1956) arahan suaminya ketika itu, Roger Vadim.
Filem tersebut melonjakkan namanya ke persada antarabangsa dan menjadikannya ikon budaya pop serta simbol kecantikan Perancis.
Sepanjang kerjayanya, Bardot telah membintangi lebih 50 filem dan turut bergiat dalam bidang muzik, termasuk berkolaborasi dengan penyanyi terkenal Serge Gainsbourg.
Namun, pada awal 1970-an, beliau mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada aktivisme hak haiwan.
Yayasan Brigitte Bardot, yang ditubuhkan pada 1986, menjadi antara suara paling lantang dalam memperjuangkan kebajikan haiwan di Perancis dan peringkat antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, yayasan itu menzahirkan kesedihan mendalam di atas pemergian pengasas mereka yang telah mengabdikan hidup demi kebajikan haiwan dan alam sekitar.
Pemergian Bardot turut mendapat penghormatan daripada pelbagai tokoh seni dan pemimpin dunia, yang mengenang mendiang bukan sahaja sebagai bintang filem, tetapi juga sebagai aktivis yang berani dan berprinsip.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Brigitte Bardot, pelakon dan penyanyi legenda Perancis era 1950-an dan 1960-an, meninggal dunia pada usia 91 tahun selepas mengalami sakit secara tiba-tiba.
- Bardot dikenali menerusi filem And God Created Woman (1956) dan menjadi ikon budaya pop serta simbol kecantikan Perancis, membintangi lebih 50 filem serta berkolaborasi dalam bidang muzik.
- Pada awal 1970-an, Bardot bersara daripada lakonan untuk menumpukan perhatian kepada aktivisme hak haiwan melalui Yayasan Brigitte Bardot, yang menjadi suara penting dalam memperjuangkan kebajikan haiwan di Perancis dan peringkat antarabangsa.
Menurut laporan media tempatan, Bardot meninggal dunia selepas mengalami sakit secara tiba-tiba susulan pembedahan beberapa minggu lalu.
Bardot menghembuskan nafas terakhir di hospital berhampiran kediamannya di Saint-Tropez, selatan Perancis.
Bardot, yang dilahirkan pada 28 September 1934 di Paris, mula mencipta nama menerusi filem And God Created Woman (1956) arahan suaminya ketika itu, Roger Vadim.
Filem tersebut melonjakkan namanya ke persada antarabangsa dan menjadikannya ikon budaya pop serta simbol kecantikan Perancis.
Sepanjang kerjayanya, Bardot telah membintangi lebih 50 filem dan turut bergiat dalam bidang muzik, termasuk berkolaborasi dengan penyanyi terkenal Serge Gainsbourg.
Namun, pada awal 1970-an, beliau mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada aktivisme hak haiwan.
Yayasan Brigitte Bardot, yang ditubuhkan pada 1986, menjadi antara suara paling lantang dalam memperjuangkan kebajikan haiwan di Perancis dan peringkat antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, yayasan itu menzahirkan kesedihan mendalam di atas pemergian pengasas mereka yang telah mengabdikan hidup demi kebajikan haiwan dan alam sekitar.
Pemergian Bardot turut mendapat penghormatan daripada pelbagai tokoh seni dan pemimpin dunia, yang mengenang mendiang bukan sahaja sebagai bintang filem, tetapi juga sebagai aktivis yang berani dan berprinsip.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah Brigitte Bardot dan apakah sumbangan utama beliau dalam industri hiburan?
A: Brigitte Bardot adalah pelakon dan penyanyi legenda Perancis era 1950-an dan 1960-an yang mencipta nama melalui filem "And God Created Woman" pada tahun 1956. Beliau menjadi ikon budaya pop dan simbol kecantikan Perancis. - Q: Bagaimanakah Bardot mengakhiri kerjayanya dalam dunia lakonan?
A: Pada awal 1970-an, Brigitte Bardot mengumumkan persaraan daripada dunia lakonan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada aktivisme hak haiwan. - Q: Apakah peranan Yayasan Brigitte Bardot yang ditubuhkan pada tahun 1986?
A: Yayasan Brigitte Bardot menjadi suara utama dalam memperjuangkan kebajikan haiwan di Perancis dan peringkat antarabangsa, serta menggalakkan kesedaran mengenai alam sekitar. - Q: Di manakah Brigitte Bardot menghembuskan nafas terakhir?
A: Brigitte Bardot menghembuskan nafas terakhir di hospital berhampiran kediamannya di Saint-Tropez, selatan Perancis. - Q: Apakah impak pemergian Brigitte Bardot terhadap dunia seni dan aktivisme?
A: Pemergian Brigitte Bardot mendapat penghormatan daripada pelbagai tokoh seni dan pemimpin dunia, yang mengenang beliau sebagai bintang filem dan aktivis berani yang memperjuangkan kebajikan haiwan dan alam sekitar.