[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Pelan kontigensi untuk pelajar Malaysia di Mesir

Astro Awani 03/07/2013 | 00:03 MYT
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah menyediakan pelan kontigensi bagi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia di Mesir.
Langkah proaktif itu diambil dengan menggerakkan "mesyuarat jawatankuasa teras kontigensi" dengan kerjasama Education Malaysia Egypt (EME), agensi penaja dan beberapa agensi lain.
Menteri pendidikan dua, Datuk Seri Idris Jusoh dalam satu kenyataan berkata, sebagai langkah berjaga-jaga jawatankuasa turut membuka bilik gerakan yang beroperasi 24 jam.
Bilik gerakan itu bukan sahaja diwujudkan di kedutaan malah turut dibuka di Dewan Malaysia Abbasiah, rumah-rumah negeri serta persatuan pelajar.
Selain itu langkah kunjungan ke premis kediaman pelajar serta komunikasi melalui media elektronik seperti SMS dan Whatsapp turut dipertingkatkan.
Klik video laporan penuh Astro Awani.
#Datuk Seri Idris Jusoh #Education Malaysia Egypt (EME) #Morsi