DUNIA
Pelan pertahanan dron EU lengkapi NATO, perkukuh perlindungan Eropah - Kallas
Kallas berkata, strategi itu berkembang daripada konsep serantau kepada pendekatan seluruh Eropah. - Gambar/ Reuters
GENEVA: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas pada Rabu berkata inisiatif pertahanan dron baharu blok itu akan berfungsi seiring dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi meningkatkan perlindungan Eropah daripada ancaman udara, sambil menegaskan bahawa "dron boleh datang dari mana-mana arah," lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
"Perancangan ketenteraan datang daripada NATO, itu sangat jelas. Namun, perolehan perlu dilakukan oleh negara-negara anggota," kata Kallas kepada pemberita.
Beliau berkata peranan EU adalah untuk "membantu negara anggota melakukan perolehan bersama dan projek-projek utama supaya ia benar-benar membantu negara anggota memenuhi sasaran keupayaan mereka."
Menurut beliau, pelan itu telah berkembang daripada konsep "tembok dron" serantau kepada strategi seluruh Eropah selepas negara-negara lain menyedari kelemahan yang dikongsi bersama.
"Kita sebenarnya bercakap tentang keseluruhan Eropah apabila ia melibatkan pertahanan dron," kata Kallas.
Beliau berkata kerjasama Eropah dengan industri pertahanan Ukraine boleh mengurangkan kos perolehan dan memendekkan tempoh perolehan, sambil menyatakan bahawa inovasi Kyiv di medan perang menawarkan pengajaran berharga untuk rancangan kesiapsiagaan pertahanan Eropah yang lebih menyeluruh.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan penglibatan EU di Gaza, Kallas berkata blok itu boleh menyumbang melalui misi-misi sedia ada dan bukannya penempatan tentera yang baharu.
Beliau menjelaskan bahawa misi-misi itu ialah Misi Bantuan Sempadan EU di Rafah, yang telah dibuka semula, dan Misi Polis EU yang menyokong latihan untuk pasukan polis Palestin. Mandat kedua-dua misi itu, tambahnya, boleh diperluaskan "jika perlu."
"Setakat ini, kami belum mengemukakan sebarang rancangan konkrit untuk menubuhkan misi ketenteraan berasingan. Keputusan terletak pada negara-negara anggota," tambahnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas, memaklumkan bahawa inisiatif pertahanan dron baharu Kesatuan Eropah akan dilaksanakan seiring dengan NATO bagi memperkukuh perlindungan Eropah daripada ancaman udara, dengan penekanan bahawa ancaman dron boleh datang dari pelbagai arah.
- Strategi itu berkembang daripada konsep serantau kepada pendekatan seluruh Eropah, termasuk kerjasama dengan industri pertahanan Ukraine bagi mengurangkan kos dan mempercepatkan perolehan, serta memanfaatkan inovasi medan perang Kyiv.
- Mengenai Gaza, Kallas menjelaskan EU tidak merancang misi ketenteraan baharu, sebaliknya akan menyumbang melalui misi sedia ada seperti Misi Bantuan Sempadan EU di Rafah dan Misi Polis EU, yang mandatnya boleh diperluas jika perlu.