DUNIA
Pelancaran peluru berpandu Korea Utara ancaman serius kepada komuniti antarabangsa
Sejak Mei 2019, Korea Utara sering melakukan ujian peluru berpandu yang jelas iaitu untuk meningkatkan teknologi peluru berpandu. - Foto REUTERS
TOKYO: Pelancaran peluru berpandu yang berterusan oleh Korea Utara menimbulkan ancaman serius kepada komuniti antarabangsa termasuk Jepun, kata Menteri Pertahanan Jepun Nobuo Kishi.
"Sejak Mei 2019, Korea Utara sering melakukan ujian peluru berpandu. Tujuannya jelas iaitu untuk meningkatkan teknologi peluru berpandu.
"Ia boleh menimbulkan ancaman serius kepada seluruh masyarakat antarabangsa termasuk Jepun," kata Kishi pada sidang akhbar, lapor Sputnik.
Beliau berkata Jepun membantah tindakan Korea Utara itu.
-- BERNAMA