awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Malaysia maut dalam kemalangan motosikal di Hong Kong

Agensi
Agensi
29/12/2015
00:23 MYT
Pelancong Malaysia maut dalam kemalangan motosikal di Hong Kong
Pelancong Malaysia, 26, yang masih lagi belum dikenal pasti identitinya dilaporkan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Yan Chai. - Gambar hiasan
Seorang pelancong Malaysia terbunuh apabila motosikal yang diboncengnya merempuh sebuah kereta di Tsuen Wan, Hong Kong.
Menurut laporan South China Morning Post, kemalangan itu berlaku kira-kira 8.50 pagi pada Isnin, menyebabkan seorang terbunuh, manakala dua tercedera.
Motosikal berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika menuruni kawasan berbukit sebelum bertembung dengan kereta terbabit.
Pelancong Malaysia, 26, yang masih lagi belum dikenal pasti identitinya dilaporkan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Yan Chai.
Manakala penunggang motosikal berkenaan, berusia 34 tahun yang turut mengalami kecederaan parah, kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Pricess Margaret Hospital di Kwai Chung.
Pemandu kereta berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.
Sementara itu, Pegawai Siasatan Trafik Wilayah Selatan Hong Kong, Inspektor Ma Wai-Hung berkata, polis sedang menyiasat punca kemalangan itu.
"Siasatan akan menjurus mengapa pelancong Malaysia tidak memakai topi keledar seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.
"Polis akan mengambil sampel darah daripada penunggang motosikal berkenaan dan tidak menolak kemungkinan akan menahannya," katanya.
Menurutnya, pihaknya akan mendapatkan bantuan daripada Konsulat Malaysia di Hong Kong bagi menghubungi keluarga mangsa.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#kemalangan
#maut
#South China Morning Post
#Tsuen Wan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan