awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong masuk Korea Selatan dari 21 negara perlu jalani kuarantin

Bernama
Bernama
29/06/2021
07:36 MYT
Pelancong masuk Korea Selatan dari 21 negara perlu jalani kuarantin
Pelancong yang tiba dari 21 buah negara itu perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari walaupun sudah lengkap divaksin COVID-19, berikutan kebimbangan penularan varian Delta. - Reuters
SEOUL: Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan pada Selasa berkata pelancong yang tiba dari India, Indonesia, Pakistan, Filipina dan 17 negara lain tetap perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari walaupun sudah lengkap divaksin COVID-19, berikutan kebimbangan penularan varian Delta.
Seoul sebelum ini mengumumkan rancangan membenarkan pelawat luar negara yang sudah lengkap divaksin memasuki Korea Selatan tanpa perlu menjalani kuarantin wajib, mulai bulan depan. Namun, kemasukan itu hanya dibenarkan untuk urusan perniagaan, pendidikan dan kemanusiaan.
Bagaimanapun, selepas penelitian terbaru dilakukan, Korea Selatan memutuskan ketibaan dari 21 negara, termasuk Afrika Selatan dan Bangladesh, perlu menjalani kuarantin, menurut Yonhap memetik Ibu Pejabat Pusat Keselamatan dan Pengurusan Bencana.
Pada Isnin, Korea Selatan mengesahkan 267 lagi kes daripada empat jenis varian baharu yang mudah merebak, termasuk 73 kes melibatkan varian Delta.
Jumlah jangkitan kini mencecah 2,492 kes dengan kes varian Delta meningkat kepada 263.
Sejak Mei, rakyat Korea Selatan yang sudah divaksin dan tiba dari luar negara dikecualikan daripada kuarantin wajib 14 hari. Namun, mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan tidak perlu dikuarantin jika tiada gejala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVD-19
#Korea Selatan
#pelacong
#kuarantin wajib
#Varian Delta
#pelawat luar negara
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan