awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancongan di Asia Pasifik pulih ke paras sebelum pandemik menjelang 2024 - ADB

Bernama
Bernama
07/02/2023
05:38 MYT
Pelancongan di Asia Pasifik pulih ke paras sebelum pandemik menjelang 2024 - ADB
Pemulihan sektor pelancongan di Asia dan rantau Pasifik pesat meningkat dan mungkin kembali semula ke tahap sebelum pandemik menjelang 2024, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia, pada Selasa. - Gambar fail
MANILA: Pemulihan sektor pelancongan di Asia dan rantau Pasifik pesat meningkat dan mungkin kembali semula ke tahap sebelum pandemik menjelang 2024, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa.
Laporan Integrasi Ekonomi Asia 2023 berkata, ketibaan pelancong antarabangsa di rantau Asia Pasifik meningkat 399 peratus tahun ke tahun untuk lapan bulan pertama 2022, namun hanya 10.3 peratus daripada jumlah 2019, lapor Xinhua.
"Variasi itu sebahagian besarnya didorong oleh perbezaan dalam kadar pembukaan semula sempadan, protokol kesihatan awam dan keyakinan orang ramai terhadap perjalanan ke luar negara," menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, konflik Rusia-Ukraine yang berterusan juga terus menimbulkan risiko penurunan dalam sektor pelancongan Asia yang berpotensi menyebabkan kehilangan kira-kira satu pertiga daripada pelancong dari Rusia.
"Harga bahan api yang lebih tinggi mendorong peningkatan tambang penerbangan dan perbelanjaan perjalanan selain kelemahan prospek pertumbuhan global yang merencatkan momentum pemulihan," kata laporan itu.
Untuk pemulihan pascapandemik, laporan itu percaya ekonomi di rantau ini perlu melihat beberapa pilihan dasar untuk membina kemampanan dan daya tahan sambil menangani cabaran sebelum pandemik seperti pasaran sumber yang kecil selain menambah baik infrastruktur.
"Kerjasama serantau yang lebih erat penting dalam menangani cabaran yang berpanjangan," menurut laporan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#Asia
#rantau Pasifik
#Bank Pembangunan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan