DUNIA
Pelancongan Hatyai masih 'koma' selepas banjir besar, tempahan hotel hanya sekitar 20 peratus
Industri pelancongan Hatyai masih terjejas selepas insiden banjir besar pada November tahun lalu dengan kadar tempahan hotel merosot dan keyakinan pelancong belum pulih. -Gambar fail/Facebook
BANGKOK: Industri pelancongan Hatyai masih bergelut untuk bangkit hampir dua bulan selepas banjir besar melanda wilayah Songkhla dari 21 hingga 28 November lalu, dengan kadar tempahan hotel merosot ketara dan keyakinan pelancong masih belum pulih.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Presiden Persatuan Hotel Hatyai–Songkhla, Sitthipong Sitthiphataraprabha, berkata lebih separuh bilik hotel kosong semasa cuti Tahun Baharu, dan kadar tempahan selepas cuti menjunam kepada sekitar 20 peratus.
Beliau menjelaskan bahawa sehingga kini belum ada tanda pemulihan menjelang cuti Tahun Baharu Cina, walaupun pada kebiasaan tempoh itu merupakan musim puncak bagi ketibaan pelancong dari Malaysia.
Beliau berkata perniagaan di Hatyai masih “seperti dalam koma”, dengan kebimbangan banjir berulang serta keadaan bandar yang belum pulih sepenuhnya menjadi faktor utama pelancong Malaysia – kumpulan penyumbang 91 peratus daripada 3.5 juta pelancong asing tahun lalu – mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum kembali ke bandar itu.
Banyak premis, khususnya perniagaan kecil dan sederhana (PKS), menghadapi kesukaran mendapatkan modal bagi kerja pembersihan, pembaikan dan pengambilan semula stok.
Sebahagian peniaga di kawasan tumpuan seperti Kim Yong Market bergantung kepada simpanan sendiri untuk memulihkan operasi, manakala ramai pelawat memilih destinasi lain selagi keadaan belum stabil sepenuhnya.
Banjir besar itu mengakibatkan kerugian meluas di seluruh Hatyai, dengan anggaran kerugian mencecah 15.7 bilion baht (kira-kira RM2.03 bilion) di seluruh sektor menurut Bank of Thailand, termasuk kerugian hasil pelancongan dianggarkan sebanyak 7 bilion baht (kira-kira RM907 juta) untuk tempoh November–Disember 2025.
Sebahagian hotel memerlukan pembaikan besar, manakala yang lain masih ditutup atau beroperasi pada kapasiti minimum.
Laporan lain menunjukkan hanya separuh hotel berjaya dibuka semula selepas banjir, manakala sebahagian lagi masih dalam proses pembersihan dan pembaikan.
Ada hotel lama yang memilih menutup operasi secara kekal kerana kos pemulihan yang tinggi dan risiko banjir berulang.
Penduduk setempat turut berdepan kesan jangka panjang termasuk kerosakan rumah, kenderaan dan limpahan lumpur yang memerlukan kerja pembersihan berterusan.
Beberapa laporan menunjukkan sukarelawan dari Malaysia terus membantu membersihkan kawasan terjejas dan mengagihkan bantuan asas.
Pihak berkuasa kesihatan Thailand pula mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan peningkatan risiko penyakit bawaan air.
Sitthipong menggesa kerajaan Thailand mempercepat bantuan pemulihan termasuk skim pembiayaan, sokongan kepada perniagaan serta pelaksanaan langkah mitigasi banjir berskala bandar.
Beliau bimbang, tanpa tindakan yang jelas dan cepat, pelancong Malaysia mungkin mengelak Hatyai pada penghujung tahun ini — tempoh yang kebiasaannya menjadi musim puncak pelancongan bandar tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Industri pelancongan Hatyai masih terjejas selepas banjir besar pada November, dengan kadar tempahan hotel merosot dan keyakinan pelancong belum pulih.
- Perniagaan di Hatyai masih lesu, disebabkan kebimbangan banjir berulang dan keadaan bandar yang belum pulih menyebabkan pelancong Malaysia berhati-hati sebelum kembali.
- Kesukaran mendapatkan modal bagi kerja pembersihan, pembaikan, dan pengambilan semula stok menjejaskan banyak premis perniagaan kecil dan sederhana di Hatyai.
Presiden Persatuan Hotel Hatyai–Songkhla, Sitthipong Sitthiphataraprabha, berkata lebih separuh bilik hotel kosong semasa cuti Tahun Baharu, dan kadar tempahan selepas cuti menjunam kepada sekitar 20 peratus.
Beliau menjelaskan bahawa sehingga kini belum ada tanda pemulihan menjelang cuti Tahun Baharu Cina, walaupun pada kebiasaan tempoh itu merupakan musim puncak bagi ketibaan pelancong dari Malaysia.
Beliau berkata perniagaan di Hatyai masih “seperti dalam koma”, dengan kebimbangan banjir berulang serta keadaan bandar yang belum pulih sepenuhnya menjadi faktor utama pelancong Malaysia – kumpulan penyumbang 91 peratus daripada 3.5 juta pelancong asing tahun lalu – mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum kembali ke bandar itu.
Banyak premis, khususnya perniagaan kecil dan sederhana (PKS), menghadapi kesukaran mendapatkan modal bagi kerja pembersihan, pembaikan dan pengambilan semula stok.
Sebahagian peniaga di kawasan tumpuan seperti Kim Yong Market bergantung kepada simpanan sendiri untuk memulihkan operasi, manakala ramai pelawat memilih destinasi lain selagi keadaan belum stabil sepenuhnya.
Banjir besar itu mengakibatkan kerugian meluas di seluruh Hatyai, dengan anggaran kerugian mencecah 15.7 bilion baht (kira-kira RM2.03 bilion) di seluruh sektor menurut Bank of Thailand, termasuk kerugian hasil pelancongan dianggarkan sebanyak 7 bilion baht (kira-kira RM907 juta) untuk tempoh November–Disember 2025.
Sebahagian hotel memerlukan pembaikan besar, manakala yang lain masih ditutup atau beroperasi pada kapasiti minimum.
Laporan lain menunjukkan hanya separuh hotel berjaya dibuka semula selepas banjir, manakala sebahagian lagi masih dalam proses pembersihan dan pembaikan.
Ada hotel lama yang memilih menutup operasi secara kekal kerana kos pemulihan yang tinggi dan risiko banjir berulang.
Penduduk setempat turut berdepan kesan jangka panjang termasuk kerosakan rumah, kenderaan dan limpahan lumpur yang memerlukan kerja pembersihan berterusan.
Beberapa laporan menunjukkan sukarelawan dari Malaysia terus membantu membersihkan kawasan terjejas dan mengagihkan bantuan asas.
Pihak berkuasa kesihatan Thailand pula mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan peningkatan risiko penyakit bawaan air.
Sitthipong menggesa kerajaan Thailand mempercepat bantuan pemulihan termasuk skim pembiayaan, sokongan kepada perniagaan serta pelaksanaan langkah mitigasi banjir berskala bandar.
Beliau bimbang, tanpa tindakan yang jelas dan cepat, pelancong Malaysia mungkin mengelak Hatyai pada penghujung tahun ini — tempoh yang kebiasaannya menjadi musim puncak pelancongan bandar tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah faktor utama yang menyebabkan industri pelancongan Hatyai masih bergelut untuk bangkit selepas banjir besar?
A: Kadar tempahan hotel merosot ketara dan keyakinan pelancong masih belum pulih. - Q: Apa yang mendorong pelancong Malaysia untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum kembali ke Hatyai?
A: Kebimbangan banjir berulang serta keadaan bandar yang belum pulih sepenuhnya. - Q: Berapakah anggaran kerugian hasil pelancongan di Hatyai disebabkan oleh banjir besar dari November hingga Disember 2025?
A: Anggaran kerugian hasil pelancongan di Hatyai sebanyak 7 bilion baht. - Q: Apakah kesan jangka panjang yang dihadapi penduduk setempat selepas banjir besar melanda Hatyai?
A: Penduduk setempat menghadapi kerosakan rumah, kenderaan, dan limpahan lumpur yang memerlukan kerja pembersihan berterusan. - Q: Apa yang diingatkan oleh pihak berkuasa kesihatan Thailand kepada orang ramai berkenaan risiko penyakit bawaan air selepas banjir?
A: Pihak berkuasa kesihatan Thailand mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan peningkatan risiko penyakit bawaan air.