KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN perlu menumpukan untuk menghidupkan kembali industri pelancongan serantau melalui kerjasama pelancongan intra-ASEAN.
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia (MoTCE), Sandiaga Uno, berkata penting untuk menghidupkan kembali kegiatan intra-wilayah, kerana ia kunci utama dalam merancakkan semula ekonomi pelancongan negara ASEAN.
Beliau berkata strategi Indonesia ketika ini ialah menumpukan kepada pelancongan domestik, dan bukan kemasukan pelancong antarabangsa, oleh itu sudah tiba masanya untuk melaksanakan usaha bersepadu dan menumpukan kepada 600 juta penduduk ASEAN.
"Kita perlu menyokong usaha ini kerana pelancongan boleh menjadi 'agen' perubahan dalam hal ini," kata Sandiaga dalam webinar maya bertajuk "ASEAN Tourism Webinar 2021: Outlook and Pathways to Recovery" semalam.
Dianjurkan CARI ASEAN Research and Advocacy, turut menampilkan Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Ekonomi ASEAN, Satvinder Singh, ketua Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN 2021, Yanty Rahman, dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.
Mengulas lanjut, Sandiaga berkata menggiatkan kembali dasar dapat membantu meningkatkan kerjasama pelancongan dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Beliau antara lain mencadangkan projek Sister Cities (Bandar Kembar) dan melihat semula kepada usaha menggabungkan penerbangan terus.
Industri pelancongan ASEAN menyumbang kepada 14.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 13.7 peratus daripada jumlah pekerjaan di rantau ini.
Bagaimanapun, pada 2020 ketibaan pelancong antarabangsa merosot 80.5 peratus dan mengalami kerugian sebanyak 75.8 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Sandiaga Uno berkata, strategi Indonesia ketika ini ialah menumpukan kepada pelancongan domestik, dan bukan kemasukan pelancong antarabangsa. - Gambar fail REUTERS

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Keuntungan bersih suku pertama 2023 AirAsia X berjumlah RM327.99 juta
Hasil syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu meningkat kepada RM548.84 juta daripada RM113.02 juta pada tempoh yang sama tahun lepas apabila perjalanan antarabangsa pulih semula.

Penempatan saham AirAsia X tepat pada masanya, strategik untuk kumpul dana
AirAsia X bercadang untuk melaksanakan penempatan 32.25 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM1.55 sesaham untuk meningkatkan hasil kasar kira-kira RM50.00 juta.

AAX cadang tawaran 32.25 juta saham, sasar kumpul sehingga RM50 juta
Berdasarkan harga langganan, syarikat itu akan memperoleh hasil kasar kira-kira RM50.00 juta daripada cadangan tawaran itu.

Objek terbang tidak dikenali ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Taoyuan Taiwan
Objek terbang tidak dikenal pasti yang dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan mengganggu penerbangan dan menjejaskan lebih 1,000 penumpang pagi Isnin.

AirAsia mula tiga laluan baharu ke wilayah selatan China
Menurutnya perkhidmatan ke Quanzhou dan Guilin akan dikendalikan oleh AirAsia Malaysia, manakala AirAsia X akan mengendalikan laluan ke Tianfu.

AirAsia Superapp, Foodpanda bergabung tenaga untuk kerjasama inovatif
Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua platform tersebut memanfaatkan kekuatan masing-masing.

Indonesia AirAsia mulakan penerbangan Jakarta-Kuching pada 15 Jun
Indonesia AirAsia akan menawarkan laluan baharu penerbangan yang menghubungkan Jakarta dengan Kuching mulai 15 Jun ini.

22 ular dirampas daripada wanita yang tiba dari KL di Lapangan Terbang Chennai
Penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.

Trafik penumpang AirAsia X meningkat 50 peratus kepada 504,476 pada suku pertama 2023
Ia disokong oleh peningkatan kapasti tempat duduk yang berkembang sebanyak 47 peratus suku ke suku kepada 630,069 tempat duduk.

Trafik penumpang Capital A naik 153 peratus tahun ke tahun suku pertama tahun kewangan 2023
Semua empat syarikat penerbangan di bawah kumpulan itu telah disatukan pada suku pertama tahun kewangan 2023.