awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan restoran makanan segera mengamuk selepas diminta pakai pelitup muka

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2021
03:55 MYT
Pelanggan restoran makanan segera mengamuk selepas diminta pakai pelitup muka
Kejadian, yang dipercayai berlaku di Sydney, Australia, mendapat pelbagai reaksi warga maya. - Foto TikTok/@dreg32
SEORANG pelanggan restoran makanan segera McDonald's menjadi berang serta memecahkan penghadang COVID-19 selepas seorang pekerja memintanya memakai pelitup muka.
Dalam video yang dikongsi pemilik akaun TikTok @dreg21, lelaki berkenaan dilihat menghampiri seorang pekerja restoran berkenaan sebelum meninggikan suaranya.
Dia kemudian memcahkan penghadang COVID-19 yang diletakkan di kaunter bagi memisahkan pelanggan dan pekerja.
Rakaman video tersebut menjadi tular dan sehingga kini meraih sebanyak 1.9 juta tontonan sejak ia dikongsi minggu lalu.
Kejadian, yang dipercayai berlaku di Sydney, Australia, mendapat pelbagai reaksi warga maya.
"Secara jujur, tiada siapa harus dilayan seperti itu di tempat kerja," kata seorang pengguna TikTok.
Bandar itu mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam bagi menyekat penularan virus COVID-19.
Semua penduduk berusia 12 tahun ke atas di New South Wales diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di dalam bangunan, walaupun telah melengkapkan dua dos vaksin.
Prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang dilaksanakan di Australia antara yang paling ketat di dunia.
Sempadan negara turut ditutup selama lebih 20 bulan menyaksikan kes jangkitan di negara itu antara yang paling rendah dalam kalangan negara maju di dunia.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelitup muka
#pelanggan
#mengamuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan