DUNIA
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Pelawak Indonesia, Pandji Pragiwaksono ketika bercakap dengan wartawan selepas dipanggil polis untuk siasatan. - Foto REUTERS
JAKARTA: Seorang pelawak Indonesia, yang menjadi individu pertama dari negara itu menyiarkan rancangan khas di Netflix, dipanggil polis untuk disoal siasat pada Jumaat selepas pihak berkuasa menerima aduan bahawa sebahagian kandungan rancangan tersebut bersifat menghina dan berunsur memperlekehkan agama.
Pandji Pragiwaksono keluar dari ibu pejabat polis Jakarta pada petang Jumaat kira-kira tujuh jam selepas hadir memberi keterangan.
Polis berkata dia dipanggil untuk siasatan, namun tidak menamakannya sebagai suspek atau menyatakan sebarang pertuduhan rasmi.
“Saya cuba menjawab soalan polis sebaik mungkin dan saya rasa saya tidak melakukan penghinaan terhadap agama,” katanya kepada pemberita.
“Saya akan ikut sahaja proses undang-undang,” tambahnya.
Rancangan Pragiwaksono mula ditayangkan di Netflix pada 27 Disember dan mengandungi sindiran terhadap politik Indonesia, termasuk pilihan raya 2024.
Pilihan raya itu dimenangi bekas jeneral tentera Prabowo Subianto, yang kini menjadi presiden negara majoriti Muslim terbesar di dunia.
Dalam rancangan tersebut, Pragiwaksono turut mengkritik dua pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah, berhubung penerimaan konsesi perlombongan daripada kerajaan ketika Joko Widodo masih memegang jawatan presiden.
Kedua-dua pertubuhan itu sebelum ini menafikan sebarang salah laku dan menyatakan konsesi berkenaan bertujuan meningkatkan kebajikan ahli.
Rancangan Netflix berdurasi hampir dua setengah jam itu mencetuskan perpecahan pandangan di Indonesia.
Sebahagian pihak menuduh pelawak tersebut menghina institusi agama dan negara, manakala aktivis demokrasi tampil mempertahankannya.
“Ya, hari ini kami sedang mendapatkan penjelasan terhadap beberapa perkara berdasarkan lima laporan polis,” kata jurucakap polis Jakarta, Andaru Rahutomo.
Menurut polis, dua daripada lima laporan itu difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai anggota sayap belia Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah, yang menuduh Pragiwaksono melakukan penghinaan agama serta memfitnah pertubuhan mereka.
Bagaimanapun, kedua-dua pertubuhan Islam itu menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu yang dinamakan dalam laporan polis berkenaan.