DUNIA

Peledak di tapak Natanz Iran mungkin musnah, kata badan pemantau nuklear

Astro Awani 16/06/2025 | 23:30 MYT
Imej satelit menunjukkan kemudahan nuklear Natanz selepas serangan udara Israel ke atas Iran. - Foto REUTERS
VIENNA: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, memaklumkan bahawa hampir kesemua kira-kira 15,000 kepala peledak di loji pengayaan uranium utama Iran di Natanz berkemungkinan telah rosak teruk atau musnah sepenuhnya akibat gangguan bekalan kuasa susulan serangan udara oleh Israel baru-baru ini.


Ringkasan AI
  • Hampir 15,000 pengempar di loji Natanz dipercayai musnah akibat gangguan kuasa susulan serangan udara Israel.
  • Kemudahan lain di Isfahan turut rosak, namun tiada pencemaran radiasi dikesan di luar kawasan.
  • Iran pertahan program nuklear sebagai aman, manakala Israel anggap serangannya langkah pencegahan terhadap ancaman dari Tehran.


Dalam taklimatnya kepada Lembaga Gabenor IAEA, Grossi menjelaskan bahawa kemudahan pengayaan di atas tanah itu – yang digunakan untuk menghasilkan uranium hampir kepada tahap senjata – telah musnah sepenuhnya.

Sementara dewan bawah tanah yang menempatkan peledak tidak terkena secara langsung, kehilangan kuasa secara mendadak dipercayai telah menyebabkan kerosakan dalaman yang serius.

“Penilaian kami menunjukkan bahawa dengan gangguan kuasa sedemikian, besar kemungkinan peledak-peledak itu telah gagal berfungsi dengan betul, atau musnah sama sekali,” katanya dalam satu temu bual bersama BBC.

Sebanyak empat kemudahan lain di kompleks nuklear Isfahan turut dilaporkan mengalami kerosakan, termasuk makmal kimia pusat, loji penukaran uranium, dan kilang pemprosesan logam uranium yang masih dalam fasa pembinaan.

Grossi turut memberi jaminan bahawa paras keradioaktifan di luar kawasan kekal normal dan tiada pencemaran radiasi terhadap penduduk sekitar telah dikesan setakat ini.

Iran menegaskan program nuklearnya bertujuan damai, dan mendesak masyarakat antarabangsa untuk mengecam tindakan ketenteraan Israel.

Pihak Israel pula mempertahankan tindakannya sebagai langkah pencegahan terhadap ancaman nuklear dari Tehran.







#IAEA #loji pengayaan uranium #Iran #peledak