awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelepasan air loji nuklear Fukushima dijadual Ogos - Laporan

Bernama
Bernama
05/07/2023
07:40 MYT
Pelepasan air loji nuklear Fukushima dijadual Ogos - Laporan
IAEA meluluskan rancangan kerajaan Jepun untuk menyalurkan sejumlah besar air radioaktif yang telah dirawat ke Lautan Pasifik. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Kerajaan Jepun berkemungkinan akan memulakan pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke laut seawal Ogos, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memaklumkan pada Selasa bahawa ia meluluskan rancangan kerajaan untuk menyalurkan sejumlah besar air radioaktif yang telah dirawat ke Lautan Pasifik.
Selepas menerima lampu hijau daripada badan pemerhati nuklear PBB, dalam tempoh beberapa beberapa minggu akan dating, kerajaan Jepun cuba memenangi kepercayaan masyarakat tempatan dan negara jiran yang ragu-ragu mengenai isu terbabit, lapor akhbar Nikkei pada Rabu.
Koperasi nelayan di wilayah jiran yang turut menentang rancangan itu memaklumkan pihaknya akan membuat petisyen kepada kerajaan dan Tepco, iaitu pengendali loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang lumpuh, minggu ini.
Korea Selatan berhasrat untuk mengekalkan larangan import produk perikanan dari Fukushima selagi kebimbangan keselamatan dalam kalangan orang ramai berterusan.
Rancangan itu turut ditentang hebat nelayan tempatan yang takut orang ramai tidak mahu memakan hasil tangkapan mereka.
Tetapi pakar nuklear di Jepun dan di PBB menjelaskan bahawa air sisa yang telah dirawat hanya mengandungi jumlah surih yang tidak berbahaya kepada manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#loji nuklear
#Fukushima
#pelepasan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan