awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelepasan karbon dikurangkan sebanyak 45 peratus sejak 2015 - Apple

Bernama
Bernama
20/04/2023
06:44 MYT
Pelepasan karbon dikurangkan sebanyak 45 peratus sejak 2015 - Apple
Secara keseluruhan, satu perlima daripada bahan yang digunakan dalam produk Apple hasil daripada bahan kitar semula. - Fail/REUTERS
NEW YORK: Apple menjelaskan bahawa pihaknya sedang membuat kemajuan ke arah menjadikan setiap produk neutral karbon menjelang 2030 dan ia telah mencapai matlamat ini menerusi operasi korporat globalnya.
Gergasi teknologi itu memaklumkan ia telah mengurangkan jejak karbon lebih 45 peratus sejak 2015, walaupun hasil pendapatan telah meningkat lebih 68 peratus dalam tempoh yang sama.
Menjelang 2030 iPhone menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan sebanyak 75 setiap set berbanding 2015 dan kemudian menangani pelepasan sisa melalui langkah mengimbangi dan penyerapan CO2, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut syarikat itu, ia akan membawa kepada "neutral karbon merentasi keseluruhan rantaian nilai kami", termasuk produk.
Menurut laporan Kemajuan Alam Sekitar yang dikeluarkan oleh syarikat itu pada Rabu, lebih 250 pembekal yang menyumbang 85 peratus daripada perbelanjaan pembuatan Apple komited untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui.
Penggunaan bahan kitar semula juga memainkan peranan penting.
Pelepasan CO2 yang dikaitkan dengan aluminium telah dikurangkan sebanyak 71 peratus dengan bertukar kepada logam kitar semula.
Secara keseluruhan, satu perlima daripada bahan yang digunakan dalam produk Apple hasil daripada bahan kitar semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Apple
#pelepasan karbon
#Tenaga Boleh Diperbaharui
#bahan kitar semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan