DUNIA
Pelosi dakwa Trump langgar kuasa Kongres dalam operasi Venezuela
Pelosi mendakwa, Donald Trump gagal memberikan justifikasi terhadap tindakan ketenteraan yang diarahkan di Venezuela dan telah mengenepikan kuasa perlembagaan Kongres berkaitan pengisytiharan perang. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Bekas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi mendakwa, Donald Trump gagal memberikan justifikasi terhadap tindakan ketenteraan yang diarahkan di Venezuela dan telah mengenepikan kuasa perlembagaan Kongres berkaitan pengisytiharan perang.
“Venezuela diperintah oleh rejim tidak sah, tetapi pentadbiran ini tidak membuktikan wujud ancaman mendesak terhadap keselamatan negara untuk menghalalkan penggunaan kekuatan ketenteraan AS,” kata Pelosi, pengkritik lama Trump, dalam hantaran di X.
Pelosi turut menyifatkan Trump bersikap “hipokrit” apabila menggunakan alasan pengedaran dadah untuk menahan Maduro, sedangkan beliau sebelum ini memaafkan bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez, yang disabitkan kesalahan sama.
“Kongres mesti diberi taklimat penuh dan segera mengenai serangan serta usaha menukar rejim di Venezuela, termasuk objektif, skala operasi, dan bagaimana pentadbiran merancang untuk mengelak kesan domino di rantau ini,” tegas Pelosi. - Agensi