awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
Pegawai kapal dipenjara sebulan, denda sebabkan kecederaan kadet maritim
Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluncur layar sampaikan bantuan dari udara kepada mangsa banjir

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2021
22:01 MYT
Peluncur layar sampaikan bantuan dari udara kepada mangsa banjir
Setiap seorang peluncur layar boleh membawa sehingga 20 bungkusan seorang, yang mengandungi bekalan kecemasan buat mangsa banjir. - Foto AP Newsroom
SUKHOTHAI: Sekumpulan peluncur layar menggunakan kemahiran mereka untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Thailand.
Seramai 15 orang dalam pasukan tersebut memulakan operasi sejak minggu lalu selepas Ribut Tropika Dianmu dan hujan monsun melanda utara Thailand.
Di beberapa daerah di Sukhothai, bantuan gagal disampaikan menggunakan bot akibat aliran air yang kuat.
Setiap seorang peluncur layar boleh membawa sehingga 20 bungkusan seorang, yang mengandungi bekalan kecemasan buat mangsa banjir.
Pada Rabu, sebanyak 200 bekalan kecemasan berjaya disampaikan.
Bungkusan tersebut mengandungi ubat-ubatan, air minuman, mi segera, beras dan makanan kering lain.
Menurut salah seorang sukarelawan, anggota penyelamat boleh mencapai kawasan-kawasan terkandas dengan lebih cepat menggunakan perkhidmatan peluncur layar, berbanding pengangkutan lain.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand, lebih 227,000 isi rumah di 31 daripada 76 wilayah terkesan akibat banjir, dengan angka korban setakat khamis sebanyak tujuh.
Topic Berkaitan
#banjir
#peluncur layar
#bantuan
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan