awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluru berpandu dari Iran dilancar ke 'pusat strategik Israel', Konsulat AS di utara Iraq

Agensi
Agensi
13/03/2022
13:52 MYT
Peluru berpandu dari Iran dilancar ke 'pusat strategik Israel', Konsulat AS di utara Iraq
Antara yang turut terjejas dalam serangan peluru berpandu itu adalah bangunan Kurdistan 24 TV. - Gambar/ Reuters
Pasukan Pengawal Revolusi Iran mengaku bertanggungjawab ke atas sedozen peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke Erbil, utara Iraq pada awal pagi Ahad.
Media tempatan melaporkan serangan itu disasarkan terhadap 'pusat strategik' Israel di Erbil.
Serangan peluru berpandu itu yang turut menyasarkan bangunan baharu Konsulat AS, hanya menyebabkan kerosakan material dan seorang orang awam cedera, lapor Reuters.
“Sebarang serangan oleh Israel akan disambut dengan tindak balas yang keras, tegas dan merosakkan,” kata Pengawal Revolusi dalam kenyataan itu.
Seorang pegawai AS menyalahkan Iran atas serangan awal Ahad tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Seorang pegawai keselamatan Iraq memberitahu Reuters bahawa peluru berpandu itu dihasilkan di Iran.
Serangan itu berlaku ketika rundingan untuk memulihkan Perjanjian Nuklear Iran 2015 menghadapi prospek kegagalan selepas permintaan Rusia pada saat-saat akhir memaksa kuasa dunia untuk menghentikan rundingan.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara AS menyifatkan ia sebagai "serangan keterlaluan" tetapi berkata tiada rakyatnya cedera dan tiada kerosakan pada kemudahan kerajaan AS di Erbil.
Topic Berkaitan
#serangan peluru berpandu
#konsulat AS
#Iraq
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan