DUNIA
Peluru berpandu Iran jejaskan bangunan Bursa Saham Israel
Al Jazeera melaporkan, bangunan tersebut rosak teruk selepas diserang puluhan peluru berpandu balistik Iran. - Foto/X/Dr.Rowshanak
Serangan peluru berpandu Iran pada Khamis melanda beberapa lokasi di seluruh Israel, termasuk Tel Aviv dan Be’er Sheva, dengan kerosakan dilaporkan di bangunan Bursa Saham Tel Aviv.
Al Jazeera melaporkan, bangunan tersebut rosak teruk selepas diserang puluhan peluru berpandu balistik Iran.
Serangan itu berlaku selepas satu lagi serangan Iran yang merosakkan sebuah hospital utama di selatan Israel.
Perkhidmatan penyelamat Israel berkata bahawa sekurang-kurangnya 32 orang cedera berikutan serangan peluru berpandu terbaharu Iran.