awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain Everton ditahan atas dakwaan salah laku seks terhadap kanak-kanak

Agensi
Agensi
21/07/2021
05:48 MYT
Pemain Everton ditahan atas dakwaan salah laku seks terhadap kanak-kanak
Everton mengeluarkan kenyataan rasmi pada Isnin yang mengesahkan pemain itu telah digantung dan akan memberi kerjasama dalam siasatan polis.
SEORANG pemain bola sepak Everton ditangkap kerana disyaki melakukan salah laku seks terhadap kanak-kanak namun dibebaskan dengan jaminan polis.
Pemain itu ditahan di rumahnya Jumaat lalu.
Everton mengeluarkan kenyataan rasmi pada Isnin yang mengesahkan pemain itu telah digantung dan akan memberi kerjasama dalam siasatan polis.
"Pemain itu telah digantung buat masa ini dan pihak kelab akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," kenyataan itu menyebut.
Media melaporkan, pemain berkenaan merupakan pemain utama pasukan dan sudah berkahwin.
Sumber memaklumkan berita itu merupakan satu kejutan kepada kelab.
"Kesalahan seks berkaitan kanak-kanak sangat serius. Ia mesti disiasat dengan teliti.
"Tuduhan seperti ini akan menimbulkan banyak kebimbangan dalam kalangan pemain, pengurusan dan peminat," kata sumber itu.
Everton telah memulakan latihan pra-musim dan akan memulakan beberapa siri perlawanan persahabatan.
Pasukan bimbingan Rafa Benitez itu dijadualkan menentang Manchester United pada 7 Ogos dalam perlawanan persahabatan sebelum memulakan musim dengan perlawanan menentang Southampton seminggu selepas itu.
Topic Berkaitan
#Everton
#Kanak-kanak
#bola sepak
#salah laku seks
#pemain bola
#pedofilia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan