[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Pemanas air meletup ragut 8 nyawa, 50 parah

Agensi 14/01/2018 | 04:57 MYT
Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 50 yang lain dilaporkan cedera parah selepas sebuah pemanas air meletup di Bandar Tondela di Utara Portugal pada Sabtu. -Foto daripada video APTN
Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 50 yang lain dilaporkan cedera parah selepas sebuah pemanas air meletup di Bandar Tondela di Utara Portugal pada Sabtu.
Ketika kejadian, mangsa dilaporkan berada di dalam kediaman dua tingkat itu untuk menyaksikan pertandingan permainan daun terup.
Pihak berkuasa bagaimanapun belum dapat memastikan punya sebenar pemanas air itu meletup sehingga mencetuskan kebakaran besar.
Siasatan masih lagi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
#air #cedera #kebakaran #letupan #mangsa #mati #Portugal #siasatan