DUNIA
Pemandu nyaris maut van dirempuh tren di persimpangan kereta api Poland
Van terperangkap di antara dua palang keselamatan sebelum dilanggar tren ekspres. -Foto video tular/X
WOLA FILIPOWSKA: Seorang pemandu van nyaris menemui ajal selepas kenderaannya dirempuh tren berkelajuan tinggi di sebuah lintasan kereta api di kampung Wola Filipowska, selatan Poland, Jumaat lepas.
Ringkasan AI
Rakaman CCTV yang tular menunjukkan van jenis Opel itu melanggar lampu isyarat merah dan memasuki lintasan ketika palang keselamatan sedang diturunkan.
Kenderaan tersebut kemudiannya terperangkap di antara dua palang, betul-betul di laluan tren ekspres dari Świnoujście ke Kraków.
Menurut Polis Małopolska, pemandu cuba mengelak dengan memandu ke tepi trek, namun tren tetap melanggar bahagian belakang van.
Rempuhan kuat itu menyebabkan van berpusing dan melanggar tiang serta palang keselamatan.
Pemandu van bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, dan semua penumpang tren turut dilaporkan selamat.
Video insiden tersebut telah meraih lebih 13 juta tontonan di platform media sosial X, dengan majoriti komen mengkritik tindakan berbahaya pemandu berkenaan.
Kes ini sedang disiasat oleh pejabat pendakwa raya Poland dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tegas kepada pengguna jalan raya agar tidak melanggar peraturan di lintasan kereta api.
Ringkasan AI
- Seorang pemandu van nyaris maut selepas merempuh lampu merah dan dirempuh tren berkelajuan tinggi di lintasan kereta api di Wola Filipowska, selatan Poland.
- Van terperangkap di antara dua palang keselamatan sebelum dilanggar tren ekspres, menyebabkan kenderaan berpusing dan melanggar tiang, namun pemandu dan penumpang tren tidak cedera.
- Insiden yang dirakam CCTV tular di media sosial dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Poland, yang mengeluarkan amaran tegas agar pengguna jalan raya mematuhi peraturan di lintasan kereta api.
Rakaman CCTV yang tular menunjukkan van jenis Opel itu melanggar lampu isyarat merah dan memasuki lintasan ketika palang keselamatan sedang diturunkan.
Kenderaan tersebut kemudiannya terperangkap di antara dua palang, betul-betul di laluan tren ekspres dari Świnoujście ke Kraków.
Menurut Polis Małopolska, pemandu cuba mengelak dengan memandu ke tepi trek, namun tren tetap melanggar bahagian belakang van.
Rempuhan kuat itu menyebabkan van berpusing dan melanggar tiang serta palang keselamatan.
Pemandu van bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, dan semua penumpang tren turut dilaporkan selamat.
Video insiden tersebut telah meraih lebih 13 juta tontonan di platform media sosial X, dengan majoriti komen mengkritik tindakan berbahaya pemandu berkenaan.
Kes ini sedang disiasat oleh pejabat pendakwa raya Poland dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tegas kepada pengguna jalan raya agar tidak melanggar peraturan di lintasan kereta api.

#pemandu van nyaris maut
#dirempuh tren berkelajuan tinggi
#lintasan kereta api
#Wola Filipowska Poland