DUNIA
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Pemangku Presiden Venezuela Delcy Rodriguez telah mengumumkan pelantikan Daniella Cabello (foto) sebagai menteri pelancongan. - Foto Instagram/@danicabello11
MEXICO CITY: Pemangku Presiden Venezuela Delcy Rodriguez telah mengumumkan pelantikan Daniella Cabello sebagai menteri pelancongan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Saya telah memutuskan untuk melantik Daniella Cabello yang masih muda sebagai Menteri Pelancongan yang baharu," kata Rodriguez menerusi hantaran di X pada Isnin.
Rodriguez turut mengucapkan terima kasih kepada penyandang terdahulu, Leticia Gomez, atas kepimpinan beliau sebelum ini.
Pada pertengahan Januari, Rodriguez menamakan menteri baharu bagi portfolio pengangkutan, komunikasi, dan ekososialisme.
-- BERNAMA