DHAKA: Polis Bangladesh terpaksa melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penyokong parti pembangkang yang melempar batu dan menutup jalan-jalan utama di ibu kota Dhaka dalam usaha mereka menuntut pengunduran Perdana Menteri.
Menurut laporan polis dan media tempatan, penyokong Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) juga bertindak agresif dengan membakar bas dan meletupkan bom petrol pada hari Sabtu semasa mendesak menuntut agar Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan.
Selain itu, penyokong-penyokong BNP juga berharap pada pilihan raya umum akan datang, yang dijangka berlangsung awal tahun depan, diadakan di bawah kerajaan sementaras (caretaker government) yang neutral.
Parti ini berada dalam kekacauan sejak pemimpinnya, Khaleda Zia dipenjara pada tahun 2018 atas tuduhan rasuah.
Penyokong-penyokong parti itu telah mengadakan himpunan protes yang lebih besar dalam beberapa bulan kebelakangan ini termasuk pada hari Jumaat lalu yang menarik puluhan ribu peserta yang meluahkan kemarahan berhubung kenaikan kos sara hidup.
Pada hari Sabtu, BNP melaporkan bahawa puluhan penyokongnya cedera, sementara polis dipetik sebagai berkata, sekurang-kurangnya 20 anggota polis terluka dalam rusuhan tersebut.
Tidak ketinggalan, 90 orang ditahan, sementara dua pemimpin BNP kanan juga ditangkap oleh polis dan kemudian dibebaskan semula, kata pihak polis.
Dalam perkembangan sama, pemimpin kanan BNP, Abdul Moyeen Khan, mengutuk tindakan polis sebagai "tidak adil".
"Tindakan rusuhan yang berlaku hari ini membuktikan sifat autokratik rejim pemerintahan dan dengan jelas mendedahkan motif mereka untuk kekal berkuasa melalui pilihan raya yang dirampas," katanya kepada agensi berita Reuters sambil mendakwa polis cuba membataskan "hak asas rakyat untuk berhimpun."
Sementara itu, jurucakap Polis Metropolitan Dhaka, Faruq Ahmed berkata: "Pasukan kami diserang tanpa sebab. Mereka hanya cuba melambatkan aliran trafik.
"Kami terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk mengawal keadaan," katanya.
Rakaman televisyen menunjukkan polis menggunakan cota untuk memukul peserta tunjuk perasaan di jalan.
Susulan tunjuk perasaan pada Sabtu, parti pemerintah Liga Awami pula menggesa perhimpunan balas diadakan pada hari Ahad, manakala pihak pembangkang menyeru untuk lebih banyak pergerakan popular pada hari Isnin.
"Harga makanan semakin tidak terkawal bagi orang biasa dan mereka tidak dapat membeli seperti yang lazimnya mereka lakukan, jadi menyebabkan berlaku jurang rasa tidak puas yang besar dalam kalangan rakyat," kata salah seorang peserta tunjuk perasaan, Chowdhury.
Peserta-peserta tunjuk perasaan juga menuduh kerajaan telah mengatur pilihan raya palsu pada tahun 2014 dan 2018. - Agensi
Agensi
Sat Jul 29 2023
Penyokong-penyokong Parti Nasionalis Bangladesh bertindak agresif pada hari Sabtu semasa mendesak menuntut agar Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan. - Gambar REUTERS
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Pembangkang Bangladesh desak PM Sheikh Hasina letak jawatan
Penyokong BNP bertindak agresif ketika mendesak Sheikh Hasina letak jawatan dan kerajaan sementara ditubuhkan untuk tangani kos sara hidup.
Rambut dalam bubur - isteri botak kena cukur
Polis Bangladesh menahan lelaki yang bertindak mencukur kepala isteri selepas terjumpa rambut dalam bubur sarapan pagi.
23 gadis Rohingya nyaris jadi mangsa pemerdagangan manusia di Malaysia
Seramai 23 remaja perempuan Rohingya telah diselamatkan oleh polis Bangladesh selepas dibawa dari kem pelarian ke Dhaka sebelum dihantar ke Malaysia.
Tiada bukti suspek pengebom New York ada kaitan dengan militan di Bangladesh - Polis
Pihak polis Bangladesh tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan suspek serangan stesen komuter bawah tanah New York dengan kumpulan militan di negara itu.