awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang India kemuka usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Modi

Bernama
Bernama
26/07/2023
13:32 MYT
Pembangkang India kemuka usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Modi
Kerajaan Modi, yang menguasai Lok Sabha, tidak menghadapi sebarang ancaman dengan usul undi tidak percaya itu. - Gambar fail/Reuters/Adnan Abidi
NEW DELHI: Parti pembangkang India, Kongres Kebangsaan India (INC), yang mendapat sokongan beberapa parti lain, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi di Dewan Rakyat (Lok Sabha), pada Rabu, lapor Xinhua.
Notis usul tidak percaya itu difailkan oleh pemimpin INC Gaurav Gogoi di tengah-tengah kemelut berterusan di Parlimen berhubung situasi di negeri Manipur yang dilanda pertelingkahan.
Parti pembangkang menuntut Perdana Menteri Modi membuat kenyataan mengenai situasi di Manipur, di Parlimen.
Menurut parti pembangkang usul itu akan memaksa perdana menteri bercakap mengenai situasi di Manipur di Parlimen.
Usul tidak percaya berasingan juga telah difailkan oleh Bharat Rashtra Samithi (BRS).
Kerajaan Modi, yang menguasai Lok Sabha, tidak menghadapi sebarang ancaman dengan usul undi tidak percaya itu.
Parti pembangkang berkata walaupun usul undi tidak percaya itu pasti gagal, sekurang-kurangnya mereka dapat memaksa kerajaan bercakap mengenai isu Manipur semasa perbahasan.
Jika Speaker Lok Sabha menerima usul itu, ia merupakan usul undi tidak percaya kedua terhadap kerajaan Modi.
Pada 2018, TDP (Parti Telugu Desam) mengemukakan usul undi tidak percaya berhubung peruntukan dana yang tidak mencukupi kepada Andhra Pradesh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undi tidak percaya
#peruntukan dana
#Inc
#lok sabha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan