Perdana Menteri telah membentangkan RMK13 hari ini. Dapatkan intipati utama di sini
DUNIA

Pembantu guru maut ditikam pelajar di sekolah Perancis

Astro Awani 10/06/2025 | 10:50 MYT
Seorang pembantu pengajar wanita berusia 31 tahun maut selepas ditikam oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun di luar sekolah Franoise Dolto, Nogent, Perancis, ketika pemeriksaan beg. -Gambar hiasan/Freepik
PARIS: Seorang pembantu guru wanita berusia 31 tahun maut selepas ditikam oleh seorang pelajar berusia 14 tahun di luar sekolah Françoise Dolto di Nogent, timur Perancis, pagi Selasa.


Ringkasan AI
  • Seorang pembantu pengajar wanita berusia 31 tahun maut selepas ditikam oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun di luar sekolah Franoise Dolto, Nogent, Perancis, ketika pemeriksaan beg.
  • Suspek telah ditahan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif serangan tersebut.
  • Presiden Emmanuel Macron menyifatkan insiden ini sebagai sebahagian daripada gelombang keganasan tidak masuk akal, manakala Menteri Pendidikan Elisabeth Borne akan ke lokasi untuk memberi sokongan.


Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku ketika pemeriksaan beg dilakukan di pintu masuk sekolah.

Suspek telah ditahan dan kini berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam kenyataan di X menyifatkan insiden itu sebagai sebahagian daripada "gelombang keganasan yang tidak masuk akal", sambil menyatakan bahawa negara sedang berkabung atas kehilangan tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menteri Pendidikan Perancis, Elisabeth Borne, yang memperkenalkan pemeriksaan beg di sekolah-sekolah Perancis pada Februari lalu, berkata beliau akan ke Nogent untuk memberi sokongan kepada komuniti sekolah dan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian.







#pembantu pengajar wanita #ditikam pelajar lelaki #pemeriksaan beg #Emmanuel Macron