DUNIA
Pembebasan tebusan, gencatan senjata makin hampir jadi kenyataan selepas Hamas terima pelan damai - Presiden Perancis
Menurut Macron, peluang untuk mencapai keamanan di Gaza kini terbuka selepas pasukan pejuang Palestin, Hamas memberi maklum balas terhadap cadangan gencatan senjata. - Gambar fail AP
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan, peluang untuk mencapai keamanan di Gaza kini terbuka selepas pasukan pejuang Palestin, Hamas memberi maklum balas terhadap cadangan gencatan senjata.
Beliau berkata, pembebasan tahanan Israel dan gencatan senjata di Gaza semakin hampir menjadi kenyataan.
“Kini kita mempunyai peluang untuk membuat kemajuan yang menentukan arah perdamaian,” tulis Macron dalam satu hantaran di media sosial sambil mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas usahanya.
“Perancis akan memainkan peranan sepenuhnya seiring dengan usahanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bersama Amerika Syarikat, Israel, Palestin dan semua rakan kongsi antarabangsa,” jelas Macron lagi.