awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembebasan tebusan hanya dengan tekanan ketenteraan - Israel

Agensi
Agensi
16/01/2024
01:00 MYT
Pembebasan tebusan hanya dengan tekanan ketenteraan - Israel
Yoav Gallant memaklumkan, operasi ketenteraan sengit di selatan Gaza hampir berakhir dan mendakwa Hamas tidak akan bersetuju untuk membebaskan tebusan. - Gambar fail
TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant memaklumkan, operasi ketenteraan sengit di selatan Gaza hampir berakhir dan mendakwa Hamas tidak akan bersetuju untuk membebaskan tebusan.
Justeru, tegas beliau, kaedah utama untuk membebaskan tebusan adalah menerusi tekanan ketenteraan di Gaza.
"(Pembebasan tebusan) hanya akan berlaku akibat tekanan tentera. Jika kita hentikan tekanan tentera, kita akan menutup nasib mereka untuk tinggal di Gaza kerana Hamas tidak akan terdorong untuk berbincang atau bercakap dengan kita.
"Mereka hanya bercakap dengan kita apabila mereka mahukan sesuatu. "Sesuatu" sekarang ialah gencatan senjata. Apabila kita memberi mereka gencatan senjata tanpa harga, mereka tidak akan bercakap dengan kita."
Beliau juga menuduh Hamas sedang melakukan "penderaan psikologi" kepada tebusan.
Kumpulan pejuang Hamas menyiarkan video baharu yang kononnya menunjukkan mayat tebusan Israel, Yossi Sharabi dan Itai Svirsky.
Video itu menunjukkan tebusan Israel ketiga, Noa Argamani berkata, kedua-duanya dibunuh oleh tentera Israel sendiri.
Seramai 24,100 rakyat palestin telah terbunuh dan 60,834 telah cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023, kata Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Zionis
#Israel
#Gaza
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan