DUNIA
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Savas ditahan di Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam pada 13 Nov 2024 dan diekstradisi ke Belgium, dan dia mengaku bersalah atas kesalahan penyeludupan manusia dan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang pada 3 Dis tahun lalu. - Gambar hiasan
LONDON: Seorang pembekal utama bot kecil dan enjin yang dipercayai digunakan dalam ribuan penyeberangan Selat Inggeris ke United Kingdom dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun serta didenda EUR400,000 (US$467,000), lapor PA Media/dpa.
Ringkasan AI
Rakyat Turkiye Adem Savas, 45, dijatuhi hukuman oleh sebuah mahkamah di Belgium pada Rabu susulan operasi bersama antara Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom (NCA) dan pihak berkuasa Belgium.
NCA percaya yang pada 2023, Savas membekalkan peralatan yang digunakan dalam kira-kira separuh daripada semua penyeberangan Selat Inggeris, sekali gus menjadikannya individu paling dikehendaki agensi itu sebagai tokoh utama dalam rangkaian penyeludupan manusia di Eropah.
Dia dipercayai memperoleh jutaan pound hasil mengenakan bayaran purata GBP4,000 bagi setiap pakej dalam operasinya dari 2019 sehingga penahanannya pada 2024.
Savas mula dikesan oleh NCA semasa siasatan terhadap Hewa Rahimpur, yang kini dipenjarakan, iaitu ketua kumpulan penyeludupan manusia yang bertanggungjawab membawa 10,000 migran ke UK melalui penyeberangan bot kecil.
Bukti yang ditemui penyiasat dalam telefon Rahimpur menunjukkan kedua-duanya sering berhubung, termasuk pertukaran mesej dan gambar sebuah bot getah putih pada November 2021 selepas kematian 27 migran di Selat Inggeris, bersama tangkapan layar laman berita yang menunjukkan bot serupa digunakan dalam penyeberangan maut itu.
Savas ditahan di Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam pada 13 Nov 2024 dan diekstradisi ke Belgium, dan dia mengaku bersalah atas kesalahan penyeludupan manusia dan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang pada 3 Dis tahun lalu.
Pengarah Operasi NCA Rob Jones berkata: "Adem Savas sememangnya pembekal paling penting bot dan enjin kepada kumpulan penyeludupan manusia yang terlibat dalam penganjuran penyeberangan maut di Selat Inggeris, serta ketua rangkaian jenayah yang merentasi Eropah hingga ke pantai utara Perancis dan ke UK."
"Dia berpura-pura menjalankan perniagaan pembekalan maritim yang sah, tetapi sebenarnya mengetahui dengan jelas bagaimana peralatan yang dibekalkannya akan digunakan."
"Dia juga tahu sepenuhnya betapa tidak sesuai peralatan itu untuk penyeberangan laut jarak jauh."
"Bot dan enjin yang dibekalkan oleh Savas berkemungkinan terlibat dalam banyak kejadian maut di Selat Inggeris dan dia memperoleh keuntungan daripada setiap peristiwa itu."
Menurut NCA, hasil kerjasama dengan rakan sejawat di Belgium, mereka mendedahkan bagaimana bot yang diperoleh oleh Savas - kebanyakannya bot murah berjenama "Parsun" dari China, dihantar melalui jalan darat dari Turkiye ke Bulgaria dan seterusnya ke Jerman, sebelum disimpan bagi persiapan penyeberangan.
Menteri Keselamatan Sempadan Britain Alex Norris, berkata: "Kami bertindak tegas terhadap penjenayah yang menukar nyawa manusia dengan wang."
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Adem Savas, pembekal utama bot kecil dan enjin untuk penyeberangan Selat Inggeris, dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan didenda EUR400,000 susulan kerjasama antara NCA dan pihak berkuasa Belgium.
- Savas dipercayai menjadi individu paling dikehendaki oleh NCA kerana membekalkan peralatan yang digunakan dalam separuh penyeberangan Selat Inggeris serta memperoleh jutaan pound hasil bayaran purata GBP4,000 bagi setiap pakej sejak 2019.
- NCA menegaskan bahawa bot dan enjin yang dibekalkan oleh Savas kemungkinan terlibat dalam banyak kejadian maut di Selat Inggeris, dengan beliau memperoleh keuntungan daripada setiap peristiwa tersebut.