[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
INTERNATIONAL

Pembinaan semula infrastruktur awam Lubnan akan dipercepat

Astro Awani 06/12/2024 | 02:50 MYT
Pelbagai agensi, termasuk Suruhanjaya Bantuan Tertinggi dan Majlis Pembangunan dan Pembinaan, diarahkan menyediakan dokumen lengkap sebelum mesyuarat bermula. - Foto AP
BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati akan memimpin mesyuarat kabinet Sabtu ini bagi membincangkan tindakan segera berhubung kerosakan dan runtuhan infrastruktur awam akibat perang.

Menerusi hantaran Pejabat Perdana Menteri di X, tinjauan kerosakan oleh pemegang taruh berkaitan akan dimulakan selepas arahan rasmi kabinet dikeluarkan.

Mesyuarat itu antara lain dijangka menjadi titik tolak kepada penyelesaian menyeluruh bagi menangani krisis kemanusiaan di negara itu.

Menurut Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan, Ali Hamieh, mesyuarat akan memuktamadkan rancangan pembinaan semula secara telus, mengikut undang-undang.

Pelbagai agensi, termasuk Suruhanjaya Bantuan Tertinggi dan Majlis Pembangunan dan Pembinaan, diarahkan menyediakan dokumen lengkap sebelum mesyuarat bermula.

Langkah itu menyusul selepas Israel dan Hezbollah di Lubnan mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata yang berkuatkuasa minggu lalu.

Persetujuan dicapai selepas lebih 13 bulan persengketaaan dan pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak berkenaan.








#pembinaan semula #lubnan #Israel #mesyuarat Kabinet