awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Ismail Haniyeh: AS, EU adakan perbincangan untuk elakkan konflik berskala besar

Bernama
Bernama
01/08/2024
09:39 MYT
Pembunuhan Ismail Haniyeh: AS, EU adakan perbincangan untuk elakkan konflik berskala besar
Hamas menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat atas kematian Haniyeh dan berkata serangan itu tidak akan dibiarkan tanpa balasan. - Foto Reuters
MOSCOW: Para diplomat Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) sedang mengadakan perbincangan segera untuk mengelakkan ancaman peperangan berskala penuh di Asia Barat selepas pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, di Tehran, lapor Sputnik yang memetik laporan dari Financial Times yang menyebut sumber-sumber.
Timbalan Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Politik EU, Enrique Mora mengadakan perundingan dengan pegawai-pegawai di Tehran pada Rabu, manakala Penyelaras Rumah Putih bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Brett McGurk, mengadakan perbincangan di Arab Saudi, menurut laporan itu.
Perbincangan itu bertujuan untuk memujuk Tehran sama ada tidak bertindak balas terhadap Israel atau mengambil tindakan simbolik, menurut laporan itu pada Rabu.
Seorang diplomat Barat, yang dipetik oleh akhbar itu, berkata: "Semua orang telah memberi tekanan kepada Tehran sejak malam tadi untuk tidak bertindak balas dan untuk mengawal situasi ini."
Pada Rabu, Hamas mengesahkan bahawa Haniyeh telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas tempat penginapannya di Tehran selepas beliau menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.
Pergerakan itu menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat atas kematian Haniyeh dan berkata serangan itu tidak akan dibiarkan tanpa balasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembunuhan Ismail Haniyeh
#peperangan berskala penuh di Asia Barat
#Amerika Syarikat
#Kesatuan Eropah
#Israel
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan