DUNIA

Pemburuan suspek tembakan bar Montana diperhebat, nama empat mangsa didedah

Astro Awani 04/08/2025 | 00:30 MYT
Gambar terkini menunjukkan Brown berjalan tanpa baju dan berkaki ayam, dipercayai selepas menanggalkan pakaian dan barang peribadi. - Foto AP
MONTANA: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kini giat memburu seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati empat individu di sebuah bar di bandar kecil Anaconda, Montana.


Ringkasan AI
  • Michael Paul Brown, veteran tentera, disyaki menembak mati empat individu di The Owl Bar dan melarikan diri ke kawasan pergunungan.
  • Empat penduduk Anaconda yang dipercayai mengenali suspek telah terkorban; bandar kecil itu kini dalam keadaan berjaga-jaga.
  • Lebih 250 anggota keselamatan digerakkan, namun suspek masih bebas dan dianggap sangat berbahaya.


Insiden yang berlaku pada pagi Jumaat di The Owl Bar telah menggemparkan komuniti setempat yang sebelum ini jarang berdepan dengan jenayah ganas.

Suspek dikenali sebagai Michael Paul Brown, 45, seorang veteran tentera yang pernah berkhidmat di Iraq.

Dia dipercayai bersenjata dan sangat berbahaya. Selepas melakukan serangan, Brown melarikan diri ke kawasan pergunungan berhampiran, memaksa lebih 250 anggota keselamatan dari pelbagai agensi digerakkan untuk operasi pencarian.

Empat mangsa yang terkorban telah dikenal pasti sebagai:
Kesemua mangsa merupakan penduduk Anaconda dan dipercayai mengenali suspek, yang tinggal bersebelahan dengan bar tersebut.

Menurut Peguam Negara Montana, Austin Knudsen, serangan itu dilakukan secara kejam tanpa sebarang motif jelas.

Beliau menyifatkan Brown sebagai individu tidak stabil yang "membunuh empat orang secara kejam" dan menyeru orang awam agar berwaspada serta melaporkan sebarang maklumat.

Pihak berkuasa telah menemui kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan diri, namun tiada petunjuk jelas tentang keberadaannya.

Gambar terkini menunjukkan Brown berjalan tanpa baju dan berkaki ayam, dipercayai selepas menanggalkan pakaian dan barang peribadi.

Sementara itu, komuniti Anaconda yang terdiri daripada kira-kira 9,000 penduduk masih terkejut dengan tragedi tersebut.

Beberapa acara awam telah dibatalkan dan perniagaan ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.






#Paul Brown #tembakan rambang #bar #pemburuan suspek