awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerdagangan manusia masalah kritikal, AS serius mengenainya - Obama

Bernama
Bernama
22/11/2015
11:29 MYT
Pemerdagangan manusia masalah kritikal, AS serius mengenainya - Obama
Menyifatkan pemerdagangan manusia sebagai masalah kritikal, presiden Amerika Syarikat itu berkata Washington memandangkan serius perkara itu. - Foto Bernama
Amerika Syarikat sedang bekerjasama rapat dengan negara-negara di Asia Tenggara mengenai mekanisme untuk menghapuskan aktiviti pemerdagangan manusia di rantau ini, kata Presiden Barack Obama.
Menyifatkan pemerdagangan manusia sebagai masalah kritikal, presiden Amerika Syarikat itu berkata Washington memandangkan serius perkara itu dan akan menggunakan agensi-agensi khusus di negara itu untuk mengatasi masalah tersebut.
Beliau juga berkata urusan perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) melibatkan 12 negara termasuk Malaysia turut menyentuh kepentingan memajukan hak asasi manusia.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini sebelum berlepas pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat Ketiga serta Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10 di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.
Obama, yang berada di ibu negara sejak Jumaat lepas, berkata keperluan mengenai hak asasi manusia yang digariskan dalam TPP adalah untuk memastikan bakal rakan kongsi mengasaskan langkah-langkah bagi mencegah aktiviti berkaitan dengan pemerdagangan manusia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ASEAN
#Barack Obama
#pelarian
#pemerdagangan manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan