SEHINGGA kini, lebih 95 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) telah membuang undi.

Ini adalah berdasarkan data projek pilihan raya AS di Universiti Florida.

Jumlah itu dilihat sebagai petanda pengundi tertinggi pada pilihan raya era moden.

Sehari sebelum pilihan raya, jumlah itu menyamai rekod 69 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi pada Pilihan Raya Presiden 2016.

Peningkatan mendadak dalam pengundian e-mel dan awal kemungkinan disebabkan wabak koronavirus yang telah membunuh 230,000 rakyat AS.

Tinjauan pendapat sehingga 29 Oktober mendedahkan, Joe Biden mendahului Donald Trump dengan 51 peratus.

Sementara Trump memperoleh 43 peratus sokongan.

Persaingan sengit berlaku di negeri-negeri yang memutuskan pilihan raya melalui undi elektoral termasuk di Arizona, Florida dan North Carolina.

Pakar meramalkan jumlah pengundian akan melebihi 138 juta yang memilih pada 2016.

Hanya 47 juta undi yang dihantar sebelum hari pilihan raya empat tahun lalu.

Dalam pada itu, pakar-pakar memberi bayangan keputusan pilihan raya presiden akan tertangguh disebabkan beberapa faktor.

Antaranya, jumlah undi pos yang terlalu banyak, selain masa pilihan raya diadakan adalah ketika COVID-19 terus mencatat peningkatan kes.

Bagaimanapun, mereka senada bahawa, kelewatan itu, jika berlaku, bukan disebabkan sistem pengurusan pilihan raya di negara itu yang lemah.

Profesor undang-undang, Universiti Layola , Justin Levitt berkata, semua tidak akan dapat mengetahui siapa sebenarnya akan menjadi Presiden AS pada malam selepas undian dijalankan.

Namun katanya, ia adalah konteks berbeza dengan tidak akan ada pemenang pada pusingan pilihan raya kali ini.

Sementara itu, profesor undang-undang, Universiti Georgetown, Joshua Geltzer menjelaskan, ia bukan petanda sistem yang lemah atau simbol kelemahan pilihan raya.

“Apa yang sebenarnya lemah ialah jika kita gagal untuk mengira secara undi-undi itu apabila selesai pengundian pada malam selepas pilihan raya atau hari berikutnya.

“Apa yang diperuntukkan oleh undang-undang, apa yang menjadi amalan demokrasi ialah, mengira undi secara berhemah, tidak berlaku penipuan.

“Jika kiraan undi mengambil masa selama beberapa hari, pada waktu ini, ianya adalah kerana kita berdepan dengan pandemik. malangnya, itu yang menyebabkan pengundi lebih ramai memilih untuk menunaikan tanggungjawab menerusi undi pos berbanding pusingan sebelum ini. Itu tiada masalah,” katanya.