awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik dan model laman web lucah mati dibunuh suami

Agensi
Agensi
24/02/2018
23:06 MYT
Pemilik dan model laman web lucah mati dibunuh suami
Kathleen memiliki laman web lucahnya sendiri di mana dia memuat naik gambar-gambar berahi untuk tatapan umum dengan langganan serendah £11.50 (RM63) sebulan. -Foto Metro
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Itu yang terjadi kepada seorang wanita yang mati dibunuh suaminya sendiri selepas terkantoi memiliki laman web lucah berbayar.
Kathleen West, 42 tahun, merupakan seorang isteri biasa di hadapan suaminya, William Jeffrey West, 44 tahun, namun wanita ini memiliki laman web lucahnya sendiri di mana dia memuat naik gambar-gambar berahi untuk tatapan umum dengan langganan serendah £11.50 (RM63) sebulan.
Kathleen atau nama berahinya Kitty Kat West juga merupakan salah seorang ahli kepada sebuah kelab yang ditubuhkan di laman Facebook, The Cougar Club.
Mangsa dilapor dibunuh dalam keadaan mengerikan dan ditemukan dalam keadaan bogel oleh jiran di pekarangan kediaman di Calera, Alabama, Amerika Syarikat.
Jiran itu lantas mendapatkan William, namun si suami itu dilihat seolah-olah tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Mayat Kathleen dijumpai jam 5 pagi pada 13 Januari lalu namun pasukan penyiasatan tidak mendedahkan bagaimana wanita ini dibunuh.
Menurut laporan pihak polis tempatan, beberapa jam sebelum kematiannya, William dan Kathleen dilihat menerusi CCTV sedang menghabiskan masa bersama di sebuah kedai menjual arak.
Susulan kematian Kathleen, pihak polis menjalankan siasatan hampir sebulan dan akhirnya memberkas suaminya yang merupakan suspek utama sejak hari pertama siasatan dijalankan.
William kini ditahan di penjara Shelby County.
Topic Berkaitan
#Alabama
#Calera
#Kathleen West
#Kitty Kat West
#model lucah
#Shelby County
#The Cougar Club
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan