awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
OpenAI cari Ketua Kesediaan untuk kenal pasti kesan negatif AI
MetMalaysia ramal luruan monsun, hujan lebat berterusan di Sarawak mulai 1 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik pusat jagaan didapati bersalah kurung kanak-kanak, dipenjara 6 tahun

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2021
23:01 MYT
Pemilik pusat jagaan didapati bersalah kurung kanak-kanak, dipenjara 6 tahun
Faith turut berdepan puluhan tuduhan berkaitan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak. - Gambar hiasan
COLORADO SPRINGS: Seorang pemilik pusat jagaan kanak-kanak dipenjara enam tahun selepas didapati bersalah mengurung 26 kanak-kanak di bawah jagaannya di dalam bilik bawah tanah pusat berkenaan.
Mahkamah di Colorado Springs, Amerika Syarikat menjatuhkan hukuman itu terhadap Carla Faith pada Khamis selepas dia didapati bersalah oleh panel juri Ogos lepas, memetik laporan ABC News.
Faith turut berdepan puluhan tuduhan berkaitan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak.
Sebelum ini pusat jagaan itu diberi lesen untuk menjaga enam kanak-kanak dan hanya dua daripada mereka dibenarkan berusia kurang daripada dua tahun.
Pihak pendakwa raya memaklumkan, serbuan dilakukan polis terhadap Pusat Jagaan Mountain Play pada November 2019 mendapati 25 kanak-kanak dikurung di bilik bawah tanah, termasuk 12 kanak-kanak di bawah usia dua tahun.
Kebanyakan kanak-kanak itu didapati memakai lampin kotor, berpeluh dan haus.
Ketika serbuan dilakukan, Faith memberitahu polis tiada kanak-kanak di premis berkenaan namun anggota terdengar suara kanak-kanak mengangis dari bilik bawah tanah.
Hukuman berkenaan membawa kelegaan kepada ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut yang berkata anak mereka mengalami trauma sejak diselamatkan daripada pusat jagaan tersebut.
Kebanyakan mereka terpaksa menerima perkhidmatan kaunseling.
Topic Berkaitan
#penjara
#pemilik pusat jagaan
#Kanak-kanak
#kurung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan