awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Asia Selatan ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka

Bernama
Bernama
23/09/2024
04:51 MYT
Pemimpin Asia Selatan ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Dissanayake menewaskan pesaing terdekatnya Sajith Premadasa untuk menjadi presiden kesembilan negara kepulauan itu. - Foto AP
NEW DELHI: Pemimpin Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake atas pemilihannya sebagai presiden baharu Sri Lanka pada Ahad.
Perdana Menteri India Narendra Modi menyatakan hasratnya untuk bekerjasama rapat dengan Sri Lanka bagi mengukuhkan lagi "kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara."
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mendoakan kejayaan presiden yang baharu dipilih itu dan berharap dapat bekerjasama dengan Dissanayake untuk mengukuhkan lagi hubungan Pakistan-Sri Lanka.
Presiden Maldives Mohamed Muizzu menyifatkan kemenangan Dissanayake sebagai "luar biasa."
"Sebagai jiran rapat, saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda untuk mengukuhkan lagi persahabatan bersejarah antara Maldives dan Sri Lanka. Semoga anda berjaya dalam peranan baharu anda," kata Muizzu.
Dissanayake, 55, pemimpin Parti National People's Power (NPP), sebuah gabungan yang termasuk Janatha Vimukthi Peramuna (JVP) yang berorientasikan Marxist akan menggantikan Ranil Wickremesinghe.
Dissanayake menewaskan pesaing terdekatnya Sajith Premadasa untuk menjadi presiden kesembilan negara kepulauan itu manakala Wickremesinghe berada di tempat ketiga dalam kalangan calon presiden.
Wickremesinghe yang menjadi presiden pada 2022 selepas kejatuhan Gotabaya Rajapaksa susulan protes besar-besaran ketika Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk berkata sesuai dengan kehendak rakyat, kepimpinan akan diserahkan kepada presiden baharu.
"Pencapaian ini bukanlah hasil kerja seseorang individu, tetapi usaha kolektif ratusan ribu daripada anda. Komitmen anda telah membawa kita sejauh ini, dan untuk itu, saya amat berterima kasih. Kemenangan ini milik kita semua," katanya dalam hantaran media sosial selepas kemenangannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden baharu Sri Lanka
#Anura Kumara Dissanayake
#ucapan tahniah
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan