awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin belia EU dan ASEAN teroka peranan dalam pembangunan bandar mampan

Bernama
Bernama
31/03/2023
20:30 MYT
Pemimpin belia EU dan ASEAN teroka peranan dalam pembangunan bandar mampan
Seramai 35 delegasi belia dari EU dan ASEAN mengambil bahagian dalam acara itu. - Gambar fail/ REUTERS
BANGKOK: Pemimpin belia dari Eropah dan Asia Tenggara berhimpun di Bangkok bagi menyertai bengkel 'EU-ASEAN Youth Exchange on Sustainable Urban Development' untuk meneroka kaedah memperkasakan peranan belia dalam menyokong pembangunan bandar mampan.
Kesatuan Eropah (EU) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini akan meletakkan asas untuk pelan hala tuju belia bagi memulakan kempen kesedaran di bandar masing-masing.
"Peserta digalakkan untuk melaksanakan kempen di bandar masing-masing, memfokuskan kepada peningkatan kesedaran dan penglibatan belia.
"Hasil kempen akan dibentangkan kepada pembuat dasar di Forum Datuk Bandar ASEAN yang dijadual diadakan pada Ogos 2023," menurut kenyataan itu.
Seramai 35 delegasi belia dari EU dan ASEAN mengambil bahagian dalam acara itu.
Selain dialog eksklusif, program itu turut menganjurkan bengkel sebagai platform untuk menganalisis kajian kes inisiatif bandar yang diterajui belia di ASEAN selain mengadakan perbincangan bagi mengenal pasti pendekatan inovatif untuk berkongsi cabaran.
Sementara itu, Pengurus Kelestarian EcoKnights Nurul Nabila Shohimi berkata belia adalah masa depan buat Malaysia dan dunia.
"Antara maklum balas yang kami peroleh daripada peserta belia dan sukarelawan kami di EkoKnights ialah mereka tidak mendapat cukup akses kepada platform yang betul.
"Di sini saya dapat belajar daripada orang yang berbeza...Saya amat kagum, misalnya, di Jerman, mereka mempunyai belia seawal usia enam tahun yang terlibat dalam parlimen belia," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Kesatuan Eropah
#Belia
#bandar mampan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan