DUNIA
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Orang ramai menepuk dada sebagai tanda berkabung susulan letupan maut di sebuah masjid di Islamabad, Pakistan. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri di sebuah masjid di Islamabad pada Jumaat, ketika Pakistan berikrar untuk membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Ringkasan AI
Azerbaijan, Britain, Iran, Rusia, Arab Saudi dan Turkiye antara negara yang menyampaikan ucapan takziah serta menyatakan sokongan kepada Pakistan dalam usaha membanteras keganasan.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang dilakukan di sebuah masjid ketika solat Jumaat hari ini (6 Feb 2026) di ibu negara Pakistan, Islamabad. Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta rakyat Pakistan," menurut Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan.
Turkiye akan terus berdiri teguh dalam solidariti bersama Pakistan dalam usaha memerangi keganasan, tambah kenyataan itu.
Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman pengganas serta bersolidariti bersama Pakistan menentang semua bentuk ekstremisme, kekerasan dan keganasan.
"Kementerian menegaskan pendirian teguh Kerajaan Arab Saudi yang menolak perbuatan menyasarkan rumah ibadat, intimidasi terhadap orang awam yang tidak bersalah serta pertumpahan darah," menurut kenyataan itu.
Sekurang-kurangnya 31 orang maut dan hampir 170 cedera apabila seorang penyerang meletupkan dirinya di Masjid Imambargah Qasr-e-Khadijatul Kubra di pinggir bandar Tarlai, Islamabad.
Pengawal keselamatan di masjid Syiah itu cuba menghalang penyerang, namun dia berjaya meletupkan bahan letupan berkenaan.
Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif dan beberapa pegawai lain menyalahkan pihak asing serta proksi pengganas mereka atas kekejaman itu, yang berlaku hanya beberapa hari selepas serangan terancang di wilayah Balochistan.
"Kami mengecam sekeras-kerasnya perbuatan kejam dan keganasan ini yang menyasarkan jemaah di tempat suci. Kami mendoakan kesembuhan segera kepada mangsa yang cedera," menurut Kementerian Luar Azerbaijan, sambil menegaskan Azerbaijan berdiri dalam solidariti bersama Pakistan dalam memerangi semua bentuk keganasan.
Presiden Rusia Vladimir Putin mengutuskan surat takziah kepada Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif.
"Sila terima ucapan takziah saya yang amat mendalam atas akibat tragis serangan pengganas di Islamabad. Pembunuhan orang awam ketika upacara keagamaan sekali lagi membuktikan sifat keganasan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan," kata Putin.
"Saya ingin menegaskan kesediaan Rusia untuk terus memperkukuh kerjasama dengan rakan kongsi Pakistan dalam memerangi keganasan," katanya.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam satu kenyataan berkata serangan terhadap orang awam dan rumah ibadat adalah tidak boleh diterima, dan pihak bertanggungjawab mesti dikenal pasti serta dibawa ke muka pengadilan.
"Rakyat Kanada turut mendoakan rakyat Pakistan, mangsa, mereka yang cedera dan insan tersayang mereka pada hari ini," kata Perdana Menteri Mark Carney dalam satu hantaran di X.
Setiausaha Luar Britain Yvette Cooper menyifatkan serangan itu sebagai "mengerikan" dan "amat mengejutkan" dalam hantaran di media sosial.
"Ingatan saya bersama mangsa, keluarga dan semua yang terkesan. United Kingdom berdiri bersama Pakistan dalam memerangi keganasan serta menyokong semua komuniti yang terjejas akibat keganasan ini," katanya.
Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmail Baqaei berkata Iran mengecam sekeras-kerasnya serangan itu dan menyeru kerjasama serantau serta usaha berterusan bagi menentang "pelaku, penganjur, penyokong dan pembiaya" keganasan.
Perdana Menteri Pakistan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin asing atas mesej simpati dan sokongan mereka serta berikrar untuk memburu pihak di sebalik serangan itu.
"Pelaku jenayah kejam ini akan dibawa ke muka pengadilan dengan tindakan tegas dan rancangan jahat mereka tidak akan dibiarkan berjaya," kata Shehbaz, sambil menambah bahawa Pakistan kekal bersatu dalam tekadnya mengalahkan keganasan.
Pasukan keselamatan Pakistan telah meningkatkan operasi terhadap rangkaian pengganas.
Mereka membunuh 216 pemberontak di Balochistan baru-baru ini, sekali gus menggagalkan serangan di pelbagai lokasi.
Sekurang-kurangnya 22 anggota keselamatan dan 30 orang awam terkorban dalam serangan serta operasi antikeganasan itu.
Seramai 24 anggota rangkaian pengganas yang disokong pihak asing maut pada Rabu dan Khamis di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan, menurut kenyataan bahagian media Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) tentera Pakistan pada Jumaat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri di Masjid Imambargah Qasr-e-Khadijatul Kubra, Islamabad pada Jumaat, dengan Azerbaijan, Britain, Iran, Rusia, Arab Saudi, dan Turkiye turut menyatakan sokongan kepada Pakistan dalam membanteras keganasan.
- Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dan hampir 170 cedera dalam serangan tersebut, yang berlaku beberapa hari selepas serangan di Balochistan. Pihak berkuasa Pakistan menyalahkan pihak asing dan proksi pengganas atas kekejaman ini.
- Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan kesediaan Rusia untuk berkerjasama dengan Pakistan dalam memerangi keganasan, manakala Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menegaskan perlunya pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dan mengecam serangan terhadap orang awam dan rumah ibadat.