DUNIA
Pemimpin Eropah kritik ancaman tarif Trump berkaitan Greenland
Orang ramai mengadakan protes membantah tuntutan Trump supaya pulau Artik itu diserahkan kepada AS, di Nuuk, Greenland, 17 Jan 2026. REUTERS
LONDON: Pemimpin Eropah pada Sabtu menolak ancaman tarif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap lapan negara Eropah berhubung isu Greenland dan menegaskan kembali solidariti mereka bersama Denmark.
Ringkasan AI
Trump berkata Washington akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas barangan dari Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, United Kingdom, Belanda dan Finland bermula 1 Februari, dan akan meningkat kepada 25 peratus pada Jun, dengan memetik kebimbangan keselamatan negara yang dikaitkan dengan Greenland.
Anadolu Ajansi melaporkan bahawa susulan pengumuman itu, pemimpin Eropah termasuk presiden Majlis Eropah dan Suruhanjaya Kesatuan Eropah berjanji akan memberikan tindak balas Kesatuan Eropah yang selaras.
Presiden suruhanjaya dan majlis tersebut berkata rancangan Trump untuk mengenakan tarif akan menjejaskan hubungan transatlantik.
"Integriti wilayah dan kedaulatan adalah prinsip asas undang-undang antarabangsa. Ia sangat penting bagi Eropah dan bagi masyarakat antarabangsa secara keseluruhan," kata Presiden Majlis Antonio Costa dan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen melalui hantaran di X.
Jurucakap kerajaan Jerman Stefan Kornelius berkata Berlin akan berkoordinasi secara rapat dengan rakan kongsi Eropah untuk bertindak balas terhadap pengumuman tarif oleh Trump.
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengesahkan bahawa tiada sebarang intimidasi atau ancaman yang boleh mempengaruhi Eropah, sambil menegaskan kembali komitmen Paris terhadap kedaulatan dan kemerdekaan negara-negara.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer berkata tindakan mengenakan tarif ke atas sekutu adalah sangat salah.
"Pendirian kami mengenai Greenland adalah sangat jelas - ia adalah sebahagian daripada Kerajaan Denmark dan masa depannya adalah urusan rakyat Greenland dan warga Denmark," tulis beliau di X.
Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson berkata sekutu tidak akan tunduk kepada ugutan, sambil menambah bahawa mereka sedang dalam perbincangan untuk memberikan tindak balas yang selaras.
"Kami tidak akan membiarkan diri kami diugut. Hanya Denmark dan Greenland yang berhak memutuskan isu-isu berkaitan Denmark dan Greenland," kata beliau.
Bagi pihaknya, Perdana Menteri Norway Jonas Gahr Store menekankan bahawa ancaman tidak mempunyai tempat dalam kalangan sekutu.
Perdana Menteri Finland Petteri Orpo berkata Helsinki akan berpegang pada asas bahawa perkara antara sekutu diselesaikan melalui perbincangan dan peraturan bersama, bukan dengan mewujudkan tekanan, menurut Anadolu.
"Tarif akan memudaratkan kedua-dua pihak iaitu Eropah dan Amerika Syarikat. Ia tidak mendatangkan kepentingan kepada sesiapa," ujar beliau di X.
Dalam reaksi pertama daripada Denmark, Menteri Luar Lars Lokke Rasmussen berkata pengumuman tarif itu adalah sesuatu yang mengejutkan, sambil menegaskan bahawa Eropah perlu melakukan lebih lagi untuk keselamatan Artik.
Menteri Luar Belanda David van Weel berkata Belanda sedang berhubung rapat dengan Suruhanjaya Eropah dan rakan kongsi mengenai tindak balas yang akan diambil.
Greenland, sebuah wilayah yang mempunyai pentadbiran sendiri di dalam Kerajaan Denmark, telah menarik minat Amerika Syarikat kerana lokasi strategiknya dan sumber mineral yang luas, serta dakwaan kebimbangan mengenai peningkatan aktiviti Rusia dan China.
Trump telah berulang kali menyatakan bahawa Amerika Syarikat mesti mendapatkan Greenland demi keselamatan negara dan bagi menghalang Rusia atau China daripada memperoleh kawalan ke atas wilayah tersebut.
Denmark dan Greenland telah menolak cadangan untuk menjual wilayah itu, serta mengesahkan semula kedaulatan Denmark ke atas pulau berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pemimpin Eropah menolak ancaman tarif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap lapan negara Eropah berhubung isu Greenland, menegaskan solidariti bersama Denmark.
- Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah menegaskan bahawa rancangan tarif Trump akan menjejaskan hubungan transatlantik, menekankan prinsip integriti wilayah dan kedaulatan antarabangsa.
- Beberapa pemimpin Eropah termasuk Emmanuel Macron dan Keir Starmer menegaskan bahawa ancaman tarif tidak akan mempengaruhi keputusan kedaulatan Denmark dan Greenland, serta bersedia bertindak balas terhadap tindakan Trump.