awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Hamas beri amaran Israel sedang cuba perluas serangan

Agensi
Agensi
05/01/2024
01:50 MYT
Pemimpin Hamas beri amaran Israel sedang cuba perluas serangan
Khaled Meshaal berkata pada Khamis, Israel mahu 'mengeksport' krisis ke luar negara dan mengembangkan lagi bulatan pencerobohan. - Foto REUTERS
PEMIMPIN Hamas Khaled Meshaal dengan tegas mendakwa Israel mahu memperluaskan serangan ke atas Hamas ke luar negara dan mengembangkan lingkaran pencerobohannya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di televisyen pada Khamis, dua hari selepas Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri terbunuh dalam serangan dron di pinggir selatan Beirut pada Selasa.
“Hari ini mereka mahu memperluaskan krisis ke luar negara. Mereka mahu mengembangkan bulatan pencerobohan. Mereka fikir ini semua boleh mengelirukan dan menjejaskan ketahanan wilayah ini.
"Mereka menyangka pembunuhan pemimpin akan mematahkan semangat perjuangan dan melemahkan kepimpinan. Mereka tak sedar, ia hanya khayalan semata-mata," kata Khaled.
Bagaimanapun, sehingga kini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya dalam pembunuhan Saleh al-Arouri.
Meshaal sendiri pernah terselamat sebelum ini daripada percubaan bunuh pada 1997 oleh ejen Mossad Israel di Jordan.
Kematian Saleh adalah pembunuhan pertama yang disasarkan ke atas seorang pegawai Hamas di luar wilayah Palestin sejak serangan pada 7 Okt 2023 yang mencetuskan serangan balas Israel ke atas Gaza.
Penganalisis berkata, ia juga merupakan mesej daripada Israel kepada Hizbullah bahawa kubu utamanya di pinggir Beirut pun boleh ditembusi.
Saleh, 57 tahun, adalah salah seorang pengasas Briged al-Qassam sebelum memegang portfolio politik beberapa tahun lepas.
Walaupun kurang berpengaruh daripada pemimpin Hamas di Gaza, Saleh dilihat sebagai pemain utama dalam pergerakan itu, mendalangi operasinya di Tebing Barat ketika berada dalam buangan di Syria, Turki, Qatar dan akhirnya Lubnan, selepas lama dipenjara Israel.
Topic Berkaitan
#Hamas
#Gaza
#Israel
#Khaled Meshaal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan