DUNIA
Pemimpin Israel berbelah bahagi menjelang pertemuan dengan Trump
Kepimpinan Israel kini berdepan dilema dalam menentukan hala tuju perang di Gaza, ketika Perdana Menteri Netanyahu (kiri) dijadual bertemu Presiden Trump, pada 7 Julai ini di Washington. - Gambar fail Reuters
BAITULMAQDIS: Kepimpinan Israel kini berdepan dilema dalam menentukan hala tuju perang di Gaza, ketika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dijadual mengadakan pertemuan penting dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada 7 Julai ini di Washington.
Menurut sumber yang rapat dengan rundingan dalaman Israel, tiada keputusan dasar dimuktamadkan walaupun Netanyahu telah mengadakan mesyuarat selama dua hari berturut-turut bersama barisan penasihat dan menteri kanan kabinetnya.
Namun begitu, sumber itu memaklumkan, Netanyahu dilihat semakin cenderung ke arah menerima satu perjanjian gencatan senjata.
Trump sebelum ini secara terbuka menggesa penamatan segera konflik di Gaza, malah menyatakan bahawa satu gencatan senjata boleh dicapai “dalam masa seminggu” sekiranya terdapat kesepakatan politik dari semua pihak.
Perbincangan dalaman Israel kini memperlihatkan perpecahan ketara dalam kalangan pemimpin kanan negara itu.
Menteri-menteri berhaluan kanan tegar seperti Itamar Ben Gvir dan Bezalel Smotrich mendesak agar serangan diperhebat di Gaza, manakala tokoh lain seperti Aryeh Deri menyokong rundingan pembebasan tebusan secara menyeluruh yang berpotensi menamatkan perang.
Ben Gvir, yang mengetuai parti Jewish Power, turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kelewatan tindakan kerajaan, menyifatkannya sebagai satu pembaziran masa dan peluang.
Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil segera bagi menumpaskan Hamas.
Sumber turut memberitahu bahawa Netanyahu dijangka membuat keputusan muktamad mengenai hala tuju perang sebelum beliau berlepas ke Amerika Syarikat bagi pertemuan bersama Trump dan pegawai keselamatan kanan negara itu.
Dalam kenyataan pada Ahad, Netanyahu berkata, “banyak peluang telah terbuka” susulan operasi ketenteraan Israel ke atas Iran baru-baru ini, termasuk peluang untuk membawa pulang baki tebusan yang masih ditahan di Gaza.
Sementara itu, pemimpin Hamas, Taher Al-Nunu, memaklumkan, pihaknya bersedia mempertimbangkan sebarang cadangan yang boleh membawa kepada penamatan perang, termasuk satu gencatan senjata kekal serta pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza.
“Namun, sehingga kini, belum ada sebarang kemajuan yang dicapai dalam rundingan,” katanya kepada AFP.
Konflik bersenjata yang berlarutan lebih 20 bulan itu telah meragut puluhan ribu nyawa dan mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk di Gaza.
Pertemuan Netanyahu-Trump dijangka menjadi titik penting dalam menentukan sama ada pertempuran ini akan diteruskan atau menemui titik noktah. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini