awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Melayu dilantik Speaker Parlimen Thailand

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
04/07/2023
09:49 MYT
Pemimpin Melayu dilantik Speaker Parlimen Thailand
Ini merupakan kali kedua Wan Muhammad Noor (foto) yang berasal dari Narathiwat dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan. -Facebook Retaj Hotels and Hospitality
BANGKOK: Pemimpin berketurunan Melayu, Wan Muhammad Noor Matha dipilih sebulat suara sebagai Speaker Dewan Perwakilan Thailand.
Pelantikan Presiden Parti Prachachart itu dibuat selepas tiada calon lain dikemukakan untuk mengisi jawatan berkenaan.
Pemilihan dibuat pada hari kedua sidang Parlimen Thailand yang bermula pada Isnin.
Pencalonan Wan Muhammad Noor dibuat oleh Ketua Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat.
Ini merupakan kali kedua Wan Muhammad Noor yang berasal dari Narathiwat, Thailand itu dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan.
Kali pertama beliau dipilih ke jawatan berkenaan adalah pada November 1996 hingga Jun 2000.
Beliau juga pernah menganggotai kabinet pada era pentadbiran bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
Jawatan terakhir beliau di dalam Kabinet Thaksin ialah sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2004.
Ketika ini, parti yang diterajui beliau menyokong Parti Move Forward dalam cubaan membentuk kerajaan gabungan.
Parlimen Thailand dijadual mengundi calon perdana menteri pada 13 Julai ini.
Topic Berkaitan
#Wan Muhammad Noor Matha
#Speaker Dewan Perwakilan Thailand
#Presiden Parti Prachachart
#Thaksin Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan