INTERNATIONAL

Pemimpin pembangkang India angkat sumpah Ketua Menteri buat kali ketiga

Bernama 04/07/2024 | 13:48 MYT
Hemant Soren, 48, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Jharkhand buat kali ketiga. - X Hemant Soren
NEW DELHI: Seorang pemimpin pembangkang India pada Khamis mendapat semula jawatan Ketua Menteri Negeri Jharkhand selepas dibebaskan dari penjara.
Hemant Soren, 48, pemimpin parti Jharkhand Mukti Morcha (JMM), yang merupakan sebahagian daripada blok pembangkang kebangsaan yang diketuai Kongres, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Jharkhand buat kali ketiga.
Beliau dibebaskan dengan jaminan pada 28 Jun, lima bulan selepas ditahan agensi penyiasatan jenayah ekonomi India, Direktorat Penguatkuasaan (ED) berhubung kes rasuah.
Hemant digantikan oleh Champai Soren, 67, pada Februari.
Champai menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada gabenor negeri pada Rabu selepas gabungan yang dipimpin oleh JMM memilih Hemant sebagai ketua mereka.
Hemant mendakwa kes terhadapnya sebagai konspirasi politik.
-- BERNAMA
#Hemant Soren #Jharkhand Mukti Morcha #Ketua Menteri #India #angkat sumpah