Pemimpin penerbangan untuk bincang pemulihan industri di AGM IATA

Bernama
Jun 2, 2023 23:15 MYT
Walsh berkata, hasil AGM IATA mesti menetapkan hala tuju untuk ketersambungan global yang lebih berkesan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Para pemimpin industri penerbangan global sedang berkumpul di Istanbul, Turki untuk Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) ke-79 dan Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Dunia yang berlangsung dari 4 hingga 6 Jun.
Acara itu dijangka menarik pemimpin paling kanan industri daripada kalangan lebih 300 syarikat penerbangan ahli IATA serta pegawai kanan kerajaan, rakan kongsi strategik, pembekal peralatan dan media.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata mesyuarat itu akan mengkaji pemulihan industri daripada COVID-19, merancang bagi masa depan yang lebih mampan, membincangkan peluang teknologi untuk memacu kecekapan daripada peruncitan moden kepada kemudahan yang dipertingkatkan dan memahami cabaran berkaitan peraturan dalam industri.
"Dalam beberapa hari lagi, Istanbul akan menjadi ibu kota penerbangan dunia. Menghubungkan dunia walaupun jurang geopolitik semakin melebar adalah misi penting yang memerlukan syarikat penerbangan yang menguntungkan, selamat, cekap dan mampan," katanya dalam satu kenyataan.

Leaders of the global industry are gathering in Istanbul, for the 79th #IATAAGM. The event, happening on 4-6 June, attracts the industrys most senior leaders from among IATAs 300 , govt officials, partners & media.https://t.co/CRuGVSumnF@flymepegasus @anadolujet pic.twitter.com/vsAHwkN0yU

— IATA (@IATA) June 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walsh berkata, hasil AGM itu mesti menetapkan hala tuju untuk ketersambungan global yang lebih berkesan.
Sementara itu, Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Dunia turut diadakan selain AGM tersebut.
Ia merupakan kali kedua AGM dianjurkan di Istanbul, kali terakhir dianjurkan adalah pada tahun 2008.
-- BERNAMA
#AGM IATA #Istanbul #Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Dunia #syarikat penerbangan