[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Pemimpin Republikan AS dibenar keluar hospital

Bernama 14/03/2023 | 02:20 MYT
McConnell tersadung ketika majlis makan malam minggu lalu dan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan di kepala. - Gambar fail REUTERS
WASHINGTON: Pemimpin Republikan Amerika Syarikat (AS), Mitch McConnell dibenar keluar dari hospital pada Isnin selepas menjalani rawatan akibat gegaran di otak, lapor Xinhua.
"Pemulihan McConnell berjalan dengan baik.
"Atas nasihat doktor, langkah seterusnya ialah menjalani terapi fizikal di kemudahan pemulihan sebelum beliau pulang ke rumah," kata pengarah komunikasinya David Popp dalam satu kenyataan.
McConnell, 81, tersadung ketika majlis makan malam minggu lalu dan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan di kepala.
Pasukan perubatan McConnell mendapati pemimpin Republikan itu juga mengalami patah tulang rusuk akibat insiden itu.
McConnell, kini sedang berkhidmat sebagai senator AS untuk penggal ketujuh.
--BERNAMA-XINHUA
#Amerika Syarikat #terapi fizikal #Mitch McConnell #gegaran otak