awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Taliban sokong tembakan ke atas Malala disahkan lolos dari tahanan

Reuters
Reuters
18/02/2020
00:01 MYT
Pemimpin Taliban sokong tembakan ke atas Malala disahkan lolos dari tahanan
Ehsanullah Ehsan yang menyokong serangan terhadap Malala Yousafzai (gambar) telah melarikan diri dari tahanan. - REUTERS/Fail
Seorang tokoh Taliban tempatan yang menyokong serangan terhadap aktivis dan juga pejuang hak pendidikan, Malala Yousafzai, telah melarikan diri dari tahanan.
Ehsanullah Ehsan, yang mendakwa bertanggungjawab ke atas beberapa serangan Taliban, mengumumkan menerusi Twitter berjaya melepaskan diri dari tahanan dan menghantar mesej kepada media Pakistan awal bulan ini.
Tentera Pakistan, yang meletakkan Ehsan dalam tahanan selama tiga tahun, enggan memberi ulasan tetapi Menteri Dalam Negeri, Ijaz Shah mengesahkan perkara tersebut.
Ehsan dilaporkan memberitahu wartawan Reuters melalui telefon bahawa dia telah meninggalkan Pakistan dan tiba di Turki bersama isterinya dan anak-anaknya.
Ehsan mendakwa dia menyerah diri kepada tentera dahulu di bawah perjanjian dan melarikan diri selepas perjanjian itu tidak dihormati.
BACA: Terubat rindu, Malala Yousafzai akhirnya pulang ke Pakistan
BACA: Ahmed, Malala antara remaja paling berpengaruh majalah Time
Penganalisis militan Islam bagaimanapun menyuarakan keraguan tentang dakwaan Ehsan melarikan diri.
Terdapat spekulasi bahawa dia mungkin telah ditukar menjadi aset oleh kerajaan dan laporan bahawa dia melarikan diri berkemungkinan satu cara untuk membawanya kembali dalam kumpulan militan Islam untuk digunakan sebagai pemberi maklumat.
Topic Berkaitan
#aset kerajaan
#Ehsanullah Ehsan
#Malala Yousafzai
#melarikan diri
#militan
#Pakistan
#perjanjian
#serangan
#Taliban
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan