awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan kepada polis Arab Saudi
Bekas wartawan FMT akan dibebas selepas selesai rakam percakapan - Saifuddin
Pakar cadang pusat data teroka sumber air bawah tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat bola sepak Scotland dipenjara, baling kerusi hingga cederakan pemain pasukan sendiri

Bernama
Bernama
12/01/2026
21:20 MYT
Peminat bola sepak Scotland dipenjara, baling kerusi hingga cederakan pemain pasukan sendiri
Seorang peminat bola sepak yang mencederakan pemain pasukannya sendiri selepas membaling sebahagian kerusi ketika perlawanan Liga Perdana Scotland dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin. - Gambar hiasan
DUNDEE (Scotland): Seorang peminat bola sepak yang mencederakan pemain pasukannya sendiri selepas membaling sebahagian kerusi ketika perlawanan Liga Perdana Scotland dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin, lapor PA Media/dpa.
David Gowans, 31, membaling objek tersebut ke dalam padang selepas perlawanan liga antara Aberdeen dan Dundee United di Dundee pada 17 Mei 2025.
Objek itu mengenai pemain Aberdeen, Jack MacKenzie, yang pada waktu itu pergi ke kawasan hadapan penyokong Aberdeen yang hadir bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.
Pemain pertahanan tersebut yang mengalami luka dalam pada kening kiri serta melecet di bawah mata kirinya, dilaporkan mengalami "kecacatan kekal" akibat insiden tersebut.
Ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Sheriff Dundee pada Isnin, Sheriff Alastair Carmichael berkata kepada Gowans: "Tindakan anda mementingkan diri, bodoh, berbahaya dan amat tidak bertanggungjawab.
"Tiada alternatif munasabah selain hukuman penjara," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Scotland
#peminat bola sepak
#baling kerusi
#Liga Perdana Scotland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan